DOA SENJATA MUKMIN

Firman Allah maksudnya:

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(al-Baqarah:186)

January 27, 2011

a Chosen ONE..






Entry kali ini berbentuk soalan yang hanya ada satu jawapan..insyallah soalan ini mampu menambahkan lagi kerinduan kita...

Soalannya berbunyi:

Siapakah angkasawan pertama di dunia?

siapakah pula lelaki paling tampan hingga wajahnya diyakini lebih terang daripada cahaya bulan di dunia?

Seterusnya,siapakah suami yang paling baik,penyayang dan adil dalam sejarah dunia?

Siapakah lelaki paling bertuah dan sempurna di dunia ini?

Siapakah pemimpin paling bijaksana dan adil di muka bumi ini?

siapakah insan pembela wanita,pembela anak yatim dan pembela agama yang paling  masyur di dunia?

Siapakah yang menjadi idola dan ikutan umat Islam paling utama dalam sejarah?

Siapakah lelaki yang pernah melihat hukuman di neraka dan syurga?

Siapakah lelaki yang tidak pandai menulis tetapi sangat bijaksana ?

Siapakah lelaki paling berani mempertahankan agama?

siapakah insan yang paling zuhud,merendah diri,tidak mahu kekayaan dunia ?

siapakah yang paling dicintai Allah dan mendapat tempat sebagai Kekasih Allah SWT?

Siapakah insan yang sangat berjasa di dunia?

Siapakah insan yang berjaya menerangi dunia dengan setiap perbuatannya?

Siapakah satu-satunya insan  yang berakhlak AL-QuRAN?

Siapakah yang menyintai Allah SWT melebihi cintanya kpd org lain?

Siapakah yang mendapat tempat teragung di sisi Allah?
  
DAN

SIAPAKAH DIA INSAN YANG TIADA TANDINGANNYA INI?

SEMPURNA
MULIA
PENCINTA SETIA
BIJAKSANA
BERAKHLAK AL-qURAN.

Jawapannya  hanyalah SATU..perlukah kita fikir lagi?

fikir..

kenapa berfikir..?

TIDAK PERLU KITA RAGUKAN LAGI..

kerana jawapannya tetap SATU..

dialah RASULULLAH SAW..

dialah

..MUHAMMAD..

UTUSAN ALLAH,
KEKASIH ALLAH,
PENGHULU UMAT ISLAM,
PENCINTA UMAT dan IKUTAN KITA.. 



Ya ALLAH swt,benar sekali..aku sangat merinduinya...
 
 



January 25, 2011

Ratapan Bonda

seorang ibu tua..
menunggu di tangga buruk
di teratak lelangit nipahnya..

seorang ibu tua..
melangkah hiba kobar hatinya
menanti terus menanti
hari ni dan semalam..

lemah atur langkahnya di bendang pengharapan..
dipenuhi pacat duka dan derita
berbekas merah,keperitan dipendam jua.

sekujur tubuh usang itu..
meratap tangis di sudut jiwa sucinya
di tikar sejadah,mengadap Ya Rabb

January 24, 2011

Keutamaan belajar agama


Keutamaan belajar agama

adalah  tajuk yg sy suka untuk berkongsi dengan semua jiran,pelayar n org yg mengunjungi blog sy yg tidak seberapa ini..

kenapa yea?

ad org ckp,jgn bagi anak ke sekolah pondok belajar agama tu,susah akan datang nanti
ag org ckap,ad sijil ke skolah pondok?
mesti susah cari kerja nantikan?

ini adalah tafsiran segelintir masyarakat yg hilang kepercayaan kepada kuasa dan rezeki Allah SWT..
sy pun pernah berfikir sebegitu..

pernah sy terfikir bagaimana agaknya nasib akak2 dan abang2 sy yg mengaji di sekolah pondok di Kemaman
bagaimana mereka akan hidup tanpa sijil PMR,SPM?

agaknya anda ad pernah terfikir x?

fikir dalam-dalam

masih fikir?

ok lah,di kesempatan ini sy ingin sekali berkongsi dengan anda semua..
Sebenarnya tidak rugi belajar dan mendalami agama
malah golongan inilah yg paling beruntung di Akhirat kelak
di sisi Allah,di sisi Muhammmad,di sisi sahabat-sahabat dan para alim ulama

golongan inilah yg sangat dicintai Allah kerana mencintai agama dan ilmu Allah SWT..

Sy?

sy berasa bersyukur kerana Allah SWT kerana diberi hidayah..

diberi hidayah supaya melihat perkara ini sgt penting dan beruntung di sisi Allah..

bagaimana dgn anda?masih asingkah ilmu agama kepada diri anda?

oleh itu

sedikit

demi

sedikit

perlahan

demi

perlahan

ubah persepsi
ubah tanggapan tersebut

cintailah KALAMULLAH..

insyallah..beruntunglah orang-orang yg mencintai Allah dan ilmu Allah...



Anatomi dan keajaiban ciptaan Allah SWT..

Bukan sekadar perkongsian:

seperti biasa di dalam kelas anatomi...bg sesetengah org  mgkn x brape ske dgn subjek tersebut..Entah knp kli ini hati sy sgt tertarik kerana subjek ini kita dapat  ...

belajar ttg sistem badan MANUSIA secara agak detail..

ttg sistem otot,sistem saraf,sistem pernafasan...

exspecially ttg sistem JANTUNG atau HATI..


bebentuk kon
ditengah paru-paru
dibelakang tulang sternum
berfungsi sbg pengepam darah dalam badan manusia

Subhanallah..

Ya Allah,hebatnya ciptaanMu ini.

lg hebat apabila mengetahui bahawasanya salur darah yg plg panjang dalam badan mencecah 100000 km..
subhanallah...

 kuasa Allah Swt MAHA HEBAT kn...

itu baru sedikit...

Malu rasanya pd Allah apabila kita tidak mensyukuri nikmatnya walaupun sekali dalam sehari..

jd...
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
sekian..selamat malam..
24 Jan 2011,11.33 pm



Wafatnya Kekasih Allah SWT yg Mulia..

 
Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya dia berkata:   "Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aishah r.a
Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda: Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah."  
"Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."  
Kemudian kami bertanya:   "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?"  
Baginda menjawab:   "Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila."  
Kami bertanya lagi:   "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?"  
Rasulullah menjawab:   "Salah seorang ahli bait."  
Kami bertanya:   "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?"
Baginda menjawab:   "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah."  
Kami bertanya:   "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?"   Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda:   "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya.
Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."  

SEMAKIN TENAT
  Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir.   Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam:   "Assalamualaikum ya Rasulullah?"  
Kemudian dia berkata lagi:   "Assolah yarhamukallah."  
Fatimah menjawab:   "Rasulullah dalam keadaan sakit."  
Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan yang tadi.
Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk.   Setelah Bilal bin Rabah masuk,
Rasulullah saw bersabda:   "Saya sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat."  
Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata:   "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?"   Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.   Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.  
Baginda bertanya:   "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?"  
Siti Fatimah menjawab:   "Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka."  
Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat.
Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda:   "Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."  

MALAIKAT MAUT DATANG BERTAMU
Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya.   Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.  
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw,
Malaikat Maut itupun berkata:   "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"  
Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu:   "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."  
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi:   "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"  
Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah:   "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"  
Fatimah menjawab:   "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."  
Rasulullah saw bersabda:   "Tahukah kamu siapakah dia?"  
Fatimah menjawab:   "Tidak wahai baginda."  
Lalu Rasulullah saw menjelaskan:   "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.  
Kemudian Rasulullah saw bersabda:   "Masuklah, wahai Malaikat Maut."  
Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan:   "Assalamualaika ya Rasulullah."  
Rasulullah saw pun menjawab:   "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"  
Malaikat Maut menjawab:   "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."  
Rasulullah saw bertanya:   "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"  
Jawab Malaikat Maut:   "Saya tinggal dia di langit dunia."  
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw.
Maka bersabdalah Rasulullah saw:   "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"  
Jibril menjawab:   "Ya, wahai kekasih Allah."  

KETIKA SAKARATUL MAUT:  
Seterusnya Rasulullah saw bersabda:   "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"  
Jibril pun menjawab:   "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."  
Baginda saw bersabda:   "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"  
Jibril menjawab lagi:   "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."  
Baginda saw bersabda lagi:   "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"  
Jibril menjawab:   "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."  
Kemudian Rasulullah saw bersabda:   "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."  
Jibril a.s. bertanya:   "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"  
Rasulullah saw menjawab:   "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"  
Jibril menjawab:   "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman:   Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."  
Maka berkatalah Rasulullah saw:   "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."  
Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.  
Ali r.a. bertanya:   "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"  
Rasulullah menjawab:   "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."  
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata:   "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."  
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.
Lalu Rasulullah saw bertanya:   "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"  
Jibril menjawab:   "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"  
Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.  

KESEDIHAN SAHABAT
Berkata Anas r.a.:   "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah r.a., aku terdengar dia sedang menangis sambil mengatakan:   Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera, wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum, wahai orang-orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana, wahai orang-orang yang jarang tidur diwaktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."  
Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Muaz bin Jabal r.a. telah berkata:   "Rasulullah saw telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang. Kemudian orang itu berkata kepadaku:   Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah saw telah berada di dalam tanah?"  
Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu dia mengucapkan:   "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim."   Lalu setelah itu dia mengerjakan solat.   Pada malam seterusnya, dia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama.
Muaz berkata:   "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan."   Kemudian dia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.   Pada keesokan harinya, orang ramai berkumpul lalu Muaz berkata kepada mereka:   "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah saw bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku."   Setelah Muaz menerima Mushaf, lalu dibukanya. Maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:   "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula."   (Surah Az-Zumar: ayat 30)  
Maka menjeritlah Muaz, sehingga dia tidak sedarkan diri. Setelah dia sedar kembali, dia membuka Mushaf lagi dan dia nampak firman Allah yang berbunyi:   "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?"   (Surah Al-lmran: ayat 144)   Maka Muaz pun menjerit lagi:   "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad."  
Kemudian dia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika dia akan meninggalkan penduduk Yaman, dia berkata:   "Seandainya apa yang ku lihat ini benar, maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala."  
Kemudian dia berkata:   "Aduhai, sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad saw."   Lalu dia pun pergi meninggalkan mereka. Di saat dia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:   "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati."  
Lalu Muaz mendekati sumber suara itu. Setelah berjumpa, Muaz bertanya kepada orang tersebut:   "Bagaimana khabar Rasulullah saw?"   Orang tersebut menjawab:   "Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad saw telah meninggal dunia."   Mendengar ucapan itu, Muaz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya. Dia memanggil Muaz:   "Wahai Muaz, sedarlah dan bangunlah."  
Setelah Muaz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar As-siddiq, dengan cop dari Rasulullah saw. Tatkala Muaz melihatnya, dia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya. Kemudian dia menangis dengan tersedu-sedu.   Setelah puas dia menangis, dia pun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan:   "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?"   Muaz menyambungnya:   "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah."   Kemudian dia menangis dan akhirnya dia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.  
Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy r.a. lalu dia berkata kepada Bilal:   "Wahai Bilal, sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya. Dia adalah Muaz yang sedang pengsan."   Setelah Bilal selesai azan, dia mendekati Muaz, lalu dia berkata:   "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah mendengar dari Rasulullah saw, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku kepada Muaz."   Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa dia telah menghembuskan nafas yang terakhir. Kemudian dia berkata:   "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah r.a."   S
etelah sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan:   "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh."   Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, dia berkata:   "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah."   Kemudian Muaz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan:   "Assalamualaikum ya ahlil bait."  
Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian dia berkata:   "Rasulullah saw bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin Jabal. Dia adalah kekasih Rasulullah saw."   Kemudian Fatimah berkata lagi:   "Masuklah wahai Muaz."   Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan Aisyah r.a., dia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Setelah dia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya:   "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawasanya dia kelak dihari kiamat sebagai imam ulama."   Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah saw.   

(Dipetik dari buku 1001 Duka - Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati)

January 23, 2011

Tajuk 7: Takwa dan Perpaduan Asas Keselamatan di Akhir Zaman


Ertinya:

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)

Keterangan

Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

  1. Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
  2. Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.
  3. Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.
  4. Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).

Tajuk 6: Islam Kembali Dagang


Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

(H.R. Muslim)

Keterangan
 
Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.
Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.
 
Bagi keterangan yg lebih jelas,sama-samalah kita mengikuti kuliah agama ini..disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus..Seorang pendakwah,org berilmu,org berpengetahuan luas dalam hukum hakam agama,sorg yg berupaya menyampaikan ilmu dengan bernas..Beliau berasal dari Terengganu aktif menyampaikan ceramah di seluruh negara..semoga usaha beliau ini mendapat habuan besar daripada Allah SWT.Insyallah..
 

Tajuk 5: Kenapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Pemusnahan


Ertinya:

Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

(H.R. Bukhari Muslimi)

Keterangan
Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.
Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.
Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.

Tajuk 4 : Golongan Anti Hadith


Ertinya:

Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan". (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt."

(H.R. Abu Daud)

Keterangan
 
Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran. Ia hanya percaya kepada alQuran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi saw.. AI-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. OIeh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi saw.

Tajuk 3 : Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam


 
Ertinya:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

(H.R. Abu Daud)

Keterangan
 
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala "takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah swt.
Kitaa berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

Tajuk 2: Ilmu agama beransur hilang


Ertinya:

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."

H.R. Muslim

Keterangan


Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.
Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Tajuk 1: Siapakah golongan yang menggadaikan agama kerana dunia?

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
(H.R Termizi)

Keterangan

Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orangorang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasanalasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.
Bagi keterangan yg lebih jelas,sama-samalah kita mengikuti kuliah agama ini..disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus..Seorang pendakwah,org berilmu,org berpengetahuan luas dalam hukum hakam agama,sorg yg berupaya menyampaikan ilmu dengan bernas..Beliau berasal dari Terengganu aktif menyampaikan ceramah di seluruh negara..semoga usaha beliau ini mendapat habuan besar daripada Allah SWT.Insyallah..

cinta .............


di awal kalam...

sebenarnya tulis panjang-panjang tp x mgandungi ilmu yg brmanfaat pn x bguna jgk kn..
jd...
sy tulis pendek-pendek je...
tajuknya ape eyh....?

ops...
oh..

cinta
love
mahabbah
itu rupanya eyh...

si jejaka itu mungkin agak terasa hati dengan hilangnya entry pasal dia dlu..
bukan apa,dis blog telah berwajah baru..
lebih ilmiah..
lebih banyak memaparkan kepada ilmu agama..

oleh itu,dari tajuk tersebut sy cuma nk menyebut tentang keikhlasan hati dan cinta tulus..
semua org bercinta,ingin bercinta dan akan bercinta..

maka,

cinta antara manusia yg suci sebenarnya merupakan perasaan tulus yang dicetuskan oleh Allah SWT keranarasa ingin berkasih sayang antara manusia..

oleh itu...

Cintailah seorang lelaki kerana dia lebih mencintai Allah SWT dan cintailah wanita kerana cintanya melebih lebih kepada Allah SWT...
 
 

January 22, 2011

Aspek Ibadat - Bab 12,13,14

Bab 12 : Tayammum
PENGERTIAN TAYAMMUM
  • Tayammum ialah menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan dengan syarat yang tertentu. Tayammum dilakukan bagi menggantikan wudhu’ atau mandi wajib (junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara‘ kepada manusia.
  • ·Disyari‘atkan tayammum berdasarkan firman Allah subhanahu wata‘ala:
005.006 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ


Maksudnya:
“Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu’ dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah – debu yang bersih.”
(Surah Al-Ma’idah, 5:6)


SEBAB YANG MEMBOLEHKAN TAYAMMUM

1. Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu’ atau mandi.
2. Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan, sekalipun keperluan itu pada masa akan datang.
3. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkan sembuh.
SYARAT TAYAMMUM
1. Menggunakan debu tanah yang suci, tidak musta‘mal, tidak bercampur benda lain.
2. Menyapu muka dan dua tangan dengan dua kali pindah.
3. Hilang najis terlebih dahulu.
4. Masuk waktu sembahyang.
5. Bertayammum bagi setiap ibadat fardhu.
6. Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air.

ANGGOTA TAYAMMUM

1. Muka.
2. Dua belah tangan hingga siku.

RUKUN TAYAMMUM

1. Berniat ketika menyapu debu tanah ke muka. Niat tayammum adalah seperti berikut:


Maksudnya:
“Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Ta`ala.”

2. Menyapu muka.
3. Menyapu kedua-dua belah tangan.
4. Tertib.

SUNAT TAYAMMUM

1. Membaca basmalah iaitu lafaz
2. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri dan memulakan bahagian atas dari bahagian bawah ketika menyapu muka.
3. Berturut-turut di antara menyapu muka dan menyapu tangan.

PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM

1. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu’.
2. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air.
3. Murtad iaitu keluar dari agama Islam. 

Bab 13: Mandi
PENGERTIAN MANDI
  • Dari segi bahasa, mandi bererti mengalirkan air ke seluruh badan.
  • Dari segi syara‘, mandi bermaksud mengalirkan air ke seluruh badan dengan niat yang tertentu.
PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI
1. Bertemu dua khitan iaitu apabila masuknya hasyafah zakar atau sekadar yang ada bagi zakar yang kudung ke dalam farj perempuan yang masih hidup dengan sempurna walaupun tidak keluar mani.

2. Keluar mani walaupun sedikit dengan sengaja atau pun bermimpi.
3. Keluar haidh, iaitu darah semulajadi yang keluar dari pangkal rahim ketika wanita dalam keadaan sihat pada waktu yang tertentu.
4. Melahirkan anak atau bersalin (wiladah).
5. Keluar nifas, iaitu darah yang keluar selepas bersalin.
6. Mati, kecuali mati syahid.

FARDU MANDI
1. Berniat pada permulaan kena air pada badan.
Bagi orang yang berjunub niatnya ialah mengangkat janabah atau hadath besar. Niatnya seperti berikut:

Maksudnya:
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala”.

atau

Maksudnya:
“Sahaja aku mengangkat hadath besar kerana Allah Ta`ala”.

Bagi orang yang datang haidh atau nifas niatnya ialah mengangkat hadath haidh atau nifas. Niatnya adalah seperti berikut:

Maksudnya:
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala”.

atau


Maksudnya:
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala”.

2. Menghilangkan najis yang terdapat pada tubuh badan.
3. Meratakan air ke seluruh badan terutama kulit, rambut dan bulu.

PERKARA SUNAT SEMASA MANDI

  • Terdapat banyak perkara sunat semasa mandi, antaranya:
1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz
2. Berwudhu’ sebelum mandi.
3. Membasuh dua tapak tangan.

4. Menggosok seluruh bahagian badan.

5. Mendahulukan anggota tubuh yang kanan daripada yang kiri.
6. Mengulangi membasuh anggota tubuh sebanyak tiga kali.
7. Berturut-turut iaitu tidak berlaku perceraian yang lama di antara membasuh sesuatu anggota dengan anggota yang lain.

MANDI-MANDI SUNAT
  • Mandi-mandi yang disunatkan adalah seperti berikut:
1. Mandi hari Juma‘at bagi orang yang hendak pergi sembahyang Juma‘at. Waktunya dari naik fajar sadiq.
2. Mandi hari raya fitrah dan hari raya adhha. Waktunya adalah mulai dari tengah malam pada hari raya itu.
3. Mandi kerana minta hujan (istisqa’).
4. Mandi kerana gerhana bulan.
5. Mandi kerana gerhana matahari.
6. Mandi kerana memandikan mayat.
7. Mandi kerana masuk agama Islam.
8. Mandi orang gila selepas pulih ingatannya.
9. Mandi orang yang pitam selepas sedar dari pitamnya.
10. Mandi ketika hendak ihram.
11. Mandi kerana masuk Makkah.
12. Mandi kerana wuquf di ‘Arafah.
13. Mandi kerana bermalam di Muzdalifah.
14. Mandi kerana melontar jumrah-jumrah yang tiga di Mina.
15. Mandi kerana tawaf iaitu tawaf qudum, tawaf ifadhah dan tawaf wida‘.
16. Mandi kerana sa‘i.
17. Mandi kerana masuk ke Madinah.
Bab 14 : Azan dan Iqamah
PENGERTIAN AZAN DAN IQAMAH
  • Azan dan iqamah adalah dua perkara sunat dilakukan sebelum melakukan mana-mana sembahyang fardhu.
  • Azan dari segi bahasa bermaksud pemberitahuan. Manakala dari segi syara‘ pula diertikan sebagai suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.
  • Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu untuk membangkitkan para hadirin mengerjakan sembahyang.
HUKUM AZAN DAN IQAMAH
  • Azan dan iqamah adalah sunnah mu’akkadah secara kifayah sebelum menunaikan setiap sembahyang fardhu sama ada dilakukan secara berjama‘ah atau bersendirian, sama ada sembahyang qadha’ atau tunai bagi orang lelaki.
  • Bagi lelaki yang bersembahyang bersendirian, kedua-duanya (azan dan iqamah) disunatkan secara ‘aini. Bagi kaum wanita pula, sama ada berseorangan atau berjama‘ah disunatkan melakukan iqamah sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dengan meninggikan suara mereka.
LAFAZ AZAN DAN ATURAN MELAKUKANNYA
  • Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimah tawhid hanya sekali sahaja.
  • Lafaz tersebut adalah seperti berikut:
  • Pada azan subuh pula ditambah kalimah sebanyak dua kali selepas kali yang kedua.
  • Sembahyang-sembahyang sunat yang dilakukan berjama‘ah seperti sembahyang sunat hari raya, tarawih dan sebagainya tidak disunatkan azan dan iqamah. Cuma dilaungkan semasa hendak menunaikannya dengan lafaz atau pada sembahyang tarawih diucap .
SYARAT SAH AZAN DAN IQAMAH
1. Masuk waktu sembahyang melainkan waktu Subuh kerana ia mempunyai dua azan. Azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula waktunya selepas berlalu separuh malam.
2. Hendaklah dengan bahasa Arab, tetapi boleh melakukan azan untuk diri sendiri dengan terjemahannya sekiranya tidak tahu melakukan azan dengan bahasa tersebut.
3. Azan dan Iqamah hendaklah dinyaringkan biarpun didengari oleh salah seorang daripada jama‘ah ketika sembahyang berjama‘ah.
4. Tertib dan muwalat di antara lafaz azan dan iqamah.
5. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja.
6. Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki muslim yang berakal.

PERKARA SUNAT SEMASA AZAN

1. Mu’azzin hendaklah suci daripada hadath kecil atau hadath besar.
2. Menghadap ke arah qiblat.
3. Dilakukan oleh orang yang baik dan merdu suaranya serta nyaring.
4. Dilaungkan di tempat yang tinggi kecuali jika menggunakan pembesar suara.
5. Dilakukan secara berdiri kecuali uzur.
6. Memalingkan muka ke sebelah kanan semasa menyebut dan ke sebelah kiri semasa menyebut dengan keadaan dada yang tetap.
7. Melakukan tarji‘ semasa azan iaitu menyebut dua kalimah secara senyap sebelum dinyaringkan.
8. Melakukan tathwib semasa azan subuh iaitu menyebut kalimah sebanyak dua kali selepas laungan .
9. Meletakkan jari-jari tangan di kedua-dua telinga ketika azan dengan tujuan untuk meninggikan suara.
10. Orang yang mendengar azan hendaklah diam dan mengulangi apa yang disebut oleh mu’azzin kecuali ketika mu’azzin menyebut kalimah
dan , maka hendaklah dijawab dengan kalimah .
Begitu juga ketika tathwib, hendaklah dijawab dengan lafaz .

11. Berdoa dan salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas azan seperti berikut:
LAFAZ IQAMAH DAN ATURANNYA
  • Lafaz iqamah mempunyai sebelas kalimah, setiap kalimah diucapkan hanya sekali sahaja kecuali takbir yang pertama dan akhirnya diulang sebanyak dua kali. Begitu juga dengan lafaz yang diucapkan selepas kalimah juga diulang sebanyak dua kali.
  • Lafaz iqamah adalah seperti berikut:
  • Syarat-syarat iqamah adalah sama seperti azan, tetapi dibolehkan jika dilakukan oleh kaum wanita sama ada semasa sembahyang bersendirian atau berjama‘ah sesama mereka.
  • Selain itu, iqamah juga disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang terlalu lama di antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf. Iqamah hendaklah dilakukan dengan cepat kerana ia disyari‘atkan bagi memberitahu mereka yang telah hadir untuk mengerjakan sembahyang.
  • Perkara-perkara sunat semasa iqamah juga hampir sama dengan azan, cuma disunatkan kepada orang yang mendengar iqamah menjawab dengan kalimah semasa bilal menyebut yang kedua.

AZAN DAN IQAMAH UNTUK TUJUAN SELAIN SEMBAHYANG
Selain untuk tujuan sembahyang, azan dan iqamah juga sunat dilakukan untuk beberapa perkara lain:
1. Azan di telinga kanan kanak-kanak yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamahkan pada telinga kiri. Ini adalah kerana Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam sendiri telah mengazankan telinga Hasan ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah.
2. Azan pada waktu kebakaran, waktu perang dan di belakang orang yang bermusafir.
3. Azan pada telinga orang yang berdukacita, orang yang jatuh, orang yang marah atau manusia yang menjadi liar perangainya dan juga orang yang dirasuk jin atau syaitan.