DOA SENJATA MUKMIN

Firman Allah maksudnya:

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(al-Baqarah:186)

March 9, 2011

KU SERAH CINTA~

 Assalamualaikum...

Hari ini, terdetik naluri hati mahu menulis.. dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...

Entry ini:
tidak panjang

tidak pula pendek

tidak pula melerek-lerek

cuma hendak berkongsi sebuah ingatan buat diri dan pembaca-pembaca yg sudi menjenguk Blog ini..
Hidup ini sememangnya singkat, dan

indah 
menyeronokkan
penuh dengan hiburan
 tapi...

penuh dengan dugaan dan ujian
setiap orang ditimpakan ujian mengikut kadar kemampuan masing-masing..

Sebagai renungan bersama hayatilah setiap ayat di bawah dengan hati. Janji Allah dalam sabda Rasulullah:

‘’Tiada seorang muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukan sebagaimana pohon-pohon yang menggugurkan daunnya’’ (Riwayat Bukhari)

Sekiranya hari ini kita gembira, maka jangan menyangka esok kita bakal gembira lagi..Malah kalangan Nabi yang paling besar diuji....kita renungi hadis ini pula:


`Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah  :Siapakah orang yang paling berat cubaannya?

Baginda menjawab:` Di antara orang –orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekiranya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa setiap hamba selagi hamba itu berpijak di bumi dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya. (Riwayat Tarmizi)


Sekiranya hari ini kita bersedih pula, berdoalah kepadaNya...bersyukurlah kerana setiap ujian yg datang adalah tanda sayang Allah kpd hambaNya..


Ku titipkan rasa, mengadu dan mengharap CintaNya..


Sebagai sebuah ingatan:

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita dan Lelaki solehah di sisi Tuhan.

Cetusannuraniku berkata:  Ku serah cinta ini hanya untukMu Ya ALLAH...