DOA SENJATA MUKMIN

Firman Allah maksudnya:

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(al-Baqarah:186)

May 6, 2012

HIKMAH SABAR

Assalamualaikum...

:: Ujian dan sabar ::
 Tidak semua mampu menghadapinya..

Sungguh!!
Kadang-kadang timbul rasa kasihan pd manusia yg bersungguh-sungguh akan sesuatu..Namun, tidak seperti yang difikir baik dan buruknya..berfikirlah sejenak..adakah kita berada di jalan yang betul?

Alhamdulillah, 
Parasit-parasit jahat dalam kehidupan kita pasti bercambah, namun berkubur lantaran pendeknya akal dan dangkalnya iman.

Parasit ini juga seakan syaitan yang bingkas bangun dari kealpaan manusia. Merobek keimanan diri sendiri seterusnya menyental iman yang berputik di hati.

Parasit ini juga ibarat nafsu yang rakus menyiat-yiat hati manusia lain. Tetapi imanlah yang menjadi ukuran dan penanda arasnya..

Alhamdulillah..Aku bahagia dengan segala ujian..membuatkan aku lebih kuat..walaupun parasit jahat menyerang pelbagai arah, hatiku semakin kuat!!

:: Harap anda juga begitu ::

May 4, 2012

ORANG PUANG

ooo orang puang ...


mung bangung pagi , mung gerok suami ,

mung ajok suami berjemooh , mung jd makmung ,

mung masok , mung gosok baju suami ,

mung sedie kasut stokeng untuk suami ,

mung kuca tea , mung ato suami ke pitu pago , mung cium tangang ye ...


mung mitok maah ...

mung dok rehak ...


mung basoh baju pulok , mung pon lipak baju ,

mung kene tunggu van ikang pulok , mung beli laok maok ,

mung masok pulok , mung siang ikang ,

mung potong sayor , mung ggoreng ...


mung letih ...

mung dok rehak ...


tengohari , anok anok balik ,

anok tu lepo beg ngate , mung sabo ,

anok tu wak bising , mung redho ,

anok tu wak hhanya , mung senyum ,

anok tu nangih , mung tetak manih ...


mung taboh ...

mung dok rehak g ...


mung hidang makang tengohari ke anok ,

mung tukang suap , mung tukang basuh ,

mung tukang lap , mung tukang kkemah ...


sapa petang ...

mung dok rehak ...


suami pulok balek , mg belari cium tangang ye ,

mg mitok maah , mg hidang ke dye minung petang ,

mung bagi senyumang ke ye , mung hiborkang ati ye ...


mung letih ...

mung nyando tepi meseng nyo ...


garib tibe , mung ajok suami g ddengo kuliah ,

mung sedie juboh suami , mung sarong ppioh suami ,

mung hiborkang lagi , lagi dan lagi ...


mlm tibe , mung jd permaysuri ,

mung bahagiakan suami , mung jd bidadari ...


dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge ...






*hebak mung orang ppuang ... :)

SABAR ITU IMAN (part 10)

Reza menghantui dirinya lagi. Beberapa kali deringan telefon bimbitnya mengejutkan lamunannya. Kali terakhir lelaki "serigala" itu menyergah kehidupannya 3 bulan yang lalu. Itupun untuk memujuk desa hatinya yang dilanda tsunami. 

"Saya tiada hubungan dengan perempuan itu. Hanya kawan" tutur kata lelaki itu ibarat menghempap batu k edahinya tika itu. Mata ini menipu atau dia cuba ditipu?

 Zahra sakit hati melihat  kemesraan pasangan romantis itu di sebuah kedai berhampiran kampusnya. Gugur segala kasih dan sayang yang pernah dicurahkan kepada lelaki itu. Cukuplah menipu wahai lelaki, bentak hatinya.

Pelbagai alasan diberi. Alhamdulillah. Ujian ini membentuk dirinya. 

Kring..kring..deringan itu hampir sahaja memusnahkan ketenangannya petang itu. Sedang dia leka mengulangkaji pelajaran. Dia membiarkan sahaja kelantangan suara telefon itu membingitkan cuping telingannya. Malas. Geram. Semuanya bersatu. Jika imannya tidak kuat, mahu sahaja dia memarahi lelaki itu.

Sabar itu separuh daripada iman. Zahra cuba berfikir sejenak.

Berdesup sekeping mesej muncul pada skrin telefon Nokia pemberian ayahnya.

"Salam. Saya rindukan Zahra. Bolehkah kita jumpa?". 

Ewah.ewah. Siapa kau. Apa ikatan kita.  Sungutnya di dalam hati. Beberapa mesej lain muncul berselang seli. Memujuk. Hatinya geram, mula bernafas panjang. Fikir lagi dan lagi.

"Assalamualaikum. Saudara, terimalah segala yang berlaku sebagai ketentuan takdir. Mohonlah kepada Allah yang apa saudara inginkan, bukan saya tempatnya. Layakkah saya menjadi lebih arif daripada Allah yang mengatur langit dan bumi? Saya redha dengan segala ketentuan Allah. Allah menguji saya membuatkan saya semakin kuat. Berbahagialah saudara dengan pilihan Allah". Mesej panjang lebar itu dibaca berkali-kali sebelum dihantar kepada penerima.

SEND.



May 3, 2012

BINGKISAN HATI(part 9)

Jari jemarinya laju mengikut tari bait-bait sajak yang sedang ditulis. Otaknya bertugas dengan baik. Kurniaan Allah. Sebuah sajak terdendang tanpa alunan muzik.

ku titipkan kasih dan sayang
andainya kau jadi milikku
ku titipkan rindu dan sendu
andainya kau berjauhan
hanya untukmu

Namun cintaku pasti tidak melebih
kerana cinta agungku kepadaNya
namun belum ku ketemu siapa
ku menanti
hingga ku ketemu akhirnya.

Alisya Zahra
12 April 2012. 10 pagi.

Itulah hobinya sambil dia giat memuat naik gambar dari DSLR ke komputer riba. Dia ligat berfikir. Dia bersyukur kerana dikurniakan akal yang sihat. Bermula dari hati yang sakit seterusnya dipulihkan hari demi hari. Karyanya disusun kemas dalam diari hidupnya. BINGKISAN HATI.

Saban hari dia menemani diari itu. Menulis dengan tertib apa yang terbit dan muncul dari kotak ingatannya. Dia lebih senang bersendirian membaca novel-novel Islamik dan buku agama yang dibelinya. Kadang-kala dia keluar mengisi ruang masa bersama DSLR seperti semalam.


Semalam..


Sungguh dia sangat mengagumi akhlak Azhar dari dulu lagi.. Azhar pernah bertamu di hatinya. Namun akhirnya berlalu pergi bersama kelibat keluarga Azhar. Mungkin jodohnya bukan bersama lelaki itu. "Aku hanya cintakan Allah. Kuatkan hatiku. Jauhkan aku jatuh hati lagi buat masa ini" detik hatinya pasrah.

Pasrah.


JAWAPAN DARI PENA

Assalamualaikum..

Mungkin ada pembaca yang membaca karya pertama saya di bawah label BENIH TAQWA tertanya-tanya.. Terfikir adakah kisah itu begitu dekat saya? Maaf. Sy cuma ada beberapa penjelasan ikhlas. Sungguh.

Pertama: Karya tersebut hanyalah sebuah kisah yang terbit dari penghayatan saya tentang "perhubungan dengan ALLAH".

Perhubungan dengan Allah tatkala kita senang dan susah adalah jauh berbeza. Pernah anda rasa susah hati? menderita? selepas beberapa lama dikurniakan bahagia.  Jawapannya sesiapa sahaja PASTI PERNAH. Itulah lumrah manusia. Namun, hanya iman manusia yang berjaya menghayunkan langkah taqwa ke arah pencarian dan cinta yang HAQIQI. Saya bahagia dengan CINTA ini. Sungguh!


Kedua: Saya berniat untuk berkongsi sedikit pengajaran tentang kehidupan ini. Tentu faham maksud kekasih Allah yang berbunyi:

"Sampaikan dariku walaupun satu ayat" .


 Coretan ikhlas tersebut membuat saya semakin dekat dengan ALLAH.Alhamdulillah. Saya percaya, Allah sengaja memberikan kita ujian kerana Dia memilih kita. Untuk diuji. Untuk menguji cinta kita kepadaNya. Sweetkan Allah. Sangat sweet. Aku jatuh cinta !!!


Ketiga: Saya kagum dengan penulisan novel islamik sejak akhir-akhir ini. Memberi sedikit motivasi berguna kepada sesiapa sahaja yang masih tercari-cari erti hidup ini. Maksud saya, apalah erti cinta manusia  yang meyusahkan jiwa berbanding cinta Allah yang kekal selamanya. Faham setakat ini?


Bicara romantis Rasulullah juga menyebut :

"Tidak sempurna iman seseorang sebelum aku lebih dicintai".

Selamat membaca  BENIH TAQWA..pena masih galak menari..tunggu..


sekian.


May 2, 2012

CUKUPLAH BERBOHONG..

Barangsiapa yang katanya bercinta,
tetapi dia tidak menjaga pasangannya dari neraka Allah SWT,
maka dia telah berbohong dengan cintanya.

Via Hilal Asyraf..

RONA HATI(part 8)

Matanya terkebil-kebil lagi. Menunggu dipejam erat hingga membawa dirinya ke alam mimpi. Belum bersedia lagaknya.

"Kenapa hari ini?" pertanyaan yang tiada jawapannya keluar dari hatinya. Lelaki yang menyebabkan jiwanya yang walang merona gembira sepanjang hari. 

"Assalamualaikum" ucapan mulia diujarkan oleh pemuda yang lengkap berpakaian sukan itu. Pemuda itu masih dikenali walaupun sudah hampir 8 tahun tidak bersua. Tampan dan tegap. Mengembalikan nostalgia seawal sekolah menengahnya.

"Waalaikumussalam" jawab Zahra dan Rini penuh sopan dan agak terkejut. Sahabat lama yang sudah lama tidak berjumpa selepas Azhar berpindah sekolah. Sebagai anak guru besar, Azhar sememangnya kerap bertukar sekolah. Namun ada sesuatu yang aneh. Cinta dalam diam. Zahra mulakan dan hanya dia serta Allah SWT yang tahu. Azhar tidak pernah tahu.

"Arghh, itu cerita dahulu" getus hatinya. Wajah Azhar tidak banyak berubah. Sejuk mata hati. Pemuda itu dikenali sebagai Ustaz muda di sekolahnya dahulu. Kerap menjadi imam di surau sekolah malah di kampung mereka. Sebab itulah Zahra suka. Lelaki yang sesuai menjadi imam dan didamba oleh perempuan solehah.

Mereka berbual agak lama di sebuah pondok sambil memerhatikan keindahan Tasik Perdana. Pelbagai cerita dan kenangan muncul satu persatu. Zahra lebih banyak mendiamkan diri. Malu. Farah pula seperti biasa sangat ramah dengan sesiapa sahaja.

"Zahra dah kahwin ke" sapaan lembut meniti cuping telinga dan bersedia untuk diterjemahkan oleh otak. Semacam ada batu menghimpit diri tanpa ada ruang untuk meloloskan diri. Aku belum kahwin la. Menunggu kau Azhar yang masih dapat ku lupakan walaupun beberapa lelaki ligat mahu bertamu dihati. jawabnya di dalam hati.

Rezza. Marahnya masih seperti menghunus pedang di dagu lelaki itu. Mujurlah iman yang menguasai hatinya kini. Cukuplah lelaki seperti itu. Tidak perlu.

"Belum la saudara Azhar. Belajar lagi di Maktab Perguruan. Insyallah, tinggal lagi 2 tahun nak habis." jawabnya penuh susila.

Senyum Azhar berkuntum buat kedua sahabatnya.. Akhirnya mereka bersepakat mahu pulang ke kampus masing-masing. Azhar pula pulang ke rumahnya di Bukit Jalil. Sebelum berpisah, Azhar meminta nombor telefon salah seorang antara mereka. Takut-takut ada kesusahan bakal menimpa di hari esok. Begitulah bagusnya akhlaknya. Mata pun tidak beradu apabila berbual seketika tadi.

Zahra kagum!



May 1, 2012

LANGKAH TERHENTI(Part 7)

Sekian lama tidak bersua, Zahra begitu merindui sahabatnya, Rini. Sejak menghabiskan cuti semesternya 3 bulan lalu, mereka jarang berhubung. Rini belajar di Universiti Malaya dalam jurusan Bahasa.  Dia menekan butang telefon dan mencari-cari nombor sahabatnya itu. Butang hijau menanti untuk bertugas. Tugas dilaksana.

"Assalamualaikum. Rini, lama tidak mendengar khabar. Sibukkah?" gemersik suaranya lembut.

" Aku tengah chatting di facebook dengan teman sekelas. Berbincang tentang assignment. Kenapa sayang" gurau sahabat baiknya itu. 

"Aku mahu jumpa kau hujung minggu ini. Aku nak cerita sedikit. Bolehkah?" rayu Zahra. Rini bersetuju dengan ajakan tersebut dan pertemuan rindu itu pada pagi Sabtu. Tasik Perdana yang menjadi medan pertemuan lantas membibitkan rindu antara dua sahabat. Masing-masing sememangnya amat gemar bersandiwara mesra dengan unggas yang bersahutan. Tanda kedamaian.

Begitulah Rini, sahabat karibnya dari zaman sekolahnya. Sekampung tapi bukan sekampus. Jiwa mereka sama. Sekepala lebih tepat lagi.


Pagi sabtu di Tasik Perdana, Kuala Lumpur.


Zahra mengagumi keindahan Tasik Perdana yang agak sepi dari lolongan kenderaan bertali arus walaupun lokasinya hampir dengan jalan raya kota yang sibuk. Kereta pemberian ibubapanya dan kamera DSLR turut menemaninya. Hampir 15 minit dia menunggu Rini, namun dia tidak kisah kerana hobinya muncul tatkala kelewatan itu.  Jari jemarinya kemas memeluk DSLR itu. Gelagat tukang kebun dan manusiawi yang menjadi tetamu pada pagi ini menjadi mangsa DSLR itu. Kemas.

Rini tergopoh datang bersama skuter baru dibelinya. Kelihatan comel dan sebaris gigi arnab menghadiahkan senyuman pengubatkan kelewatannya. Zahra berlari anak ke arah Rini.

"Sorry, lambat sedikit. Maklumlah aku tiada bumbung" gurau Rini. Dia memahami maksud itu. Zahra dan Rini ketawa bersama.

"Jom, kita jalan-jalan dulu. Kau bolehlah bercerita tentang masalah kau pada aku" jelas Rini sambil melirik matanya yang agak sepet. Persis Cina kerana susur galurnya juga begitu. Mereka beriringan.

" Aku rasa macam lain la sekarang. Rambut aku gugur, sakit-sakit dan tiba-tiba meremang sejuk. Aku tidak mahu bercerita pada orang lain kerana  mahu kau sahaja yang tahu terlebih dahulu. Lagipun kau je yang faham" jelas Zahra panjang lebar. Mengharap Rini membantu memahaminya.

" Mungkin terkena buatan orang? Eh, seram pulak aku. Dah la sunyi kat sini. Hehe" Rini bergurau lagi. Begitulah Rini, suka bergurau hingga ditegur barulah serius.

"Kau ni. Jangan nak takutkan aku boleh. Tak pasal-pasal aku cubit mulut kau nanti. Aku cuma rasa masalah aku ini bukanlah perlu pergi klinik. Tanya doktor itu dan ini. Doktor pun tidak ada penyelesaian. Kan dikata pula aku sakit teruk, masuk wad. Hurm." Zahra mendengus perlahan. Sememangnya dia takut ke klinik sejak kecil.

Mereka berbual-bual hingga satu pusingan Tasik Perdana yang indah itu. Zahra mengeluarkan DSLR dari begnya. Ingin merakam memori bersama sahabatnya. Tiba-tiba, langkahnya terhenti.

Lelaki itu seperti dikenali. Jantungnya kencang dan pantas darahnya menjalar hingga ke hujung ibu kakinya. Longlai.





TAHAJUD TERAKHIR(part 6)

Zahra masih lagi sukar untuk melelapkan mata walaupun jam dindingnya berpaksikan 12.00 malam. Cuti minggu yang berakhir menyesakkan nafasnya. Tapi digagahi dengan air motivasi dan baja pujukan. Melihat teman sebiliknya tidur nyenyak, dia menggapai senaskhah Al-Quran yang menjadi teman setianya.

"Mungkin aku lupa membacanya" bisik nuraninya. Selepas menghabiskan bingkisan rindu dari Rasullullah itu, dia menyimpannya tertib di atas rak.

Otaknya pantas berfikir itu dan ini. Tentang jodohnya. Tentang keanehan yang berlaku pada dirinya. Tentang dosa-dosa silamnya. Semuanya menjadi satu.Kemudian menerobos ke alam yang satu lagi. Gelap.

Seorang lelaki memegang lembut wajahnya. Mengusap jemarinya yang runcing dan halus. Bahagia yang didambanya semakin meresapi ruang hati. Lelaki itu cukup tampan dimatanya. Bisa meruntuhkan istana jiwa yang selama dipelihara.

Semakin lama semakin rapat lelaki itu merangkul pinggangnya. Bahagia itu kekuatannya tatkala ini. Cukup bahagia. Kemudian bersaksikan bulan purnama di tepi desiran pantai yang menguis gelojak jiwa.
Tiba-tiba...

Kringgg...

Bunyi loceng telefon bimbitnya. Berbunyi tepat pada masanya. Jam 4.00 pagi.

"Ahh, aku bermimpi rupanya! " desis hatinya. Kala enak dibuai mimpi indah, dia gagahkan diri melangkah keluar dari tilam empuknya. Menghala kaki ke arah tandas dan berwuduk dengan tenang.

Telekung berwarna hijau pemberian ibunya disarung, sejadah dibentang. Mengadap dengan penuh rasa takjub dan merendah diri.

Tahajud ini mengkin yang terakhir. Saranan agama yang berbuahkan motivasi supaya amal yang dilakukan tatkala ini dianggap yang terakhir. Amalan yang terhebat pernah dilakukan. Agar menjadi bekalan emas yang dibawa bersama.

Aku berserah ya Allah.

April 30, 2012

ANEH(part 5)


Zahra menggaru-garu kepalanya yang kurang gatal. Rambutnya gugur dengan banyaknya. Dia terfikir-fikir sejak kebelakangan ini juga dia terpaksa kerap mengutip mahkota hitam itu di lantai lantas membuang ke dalam tong sampah di bucu bilik.
“Mungkin kuat berfikir agaknya” lantun suaranya. Cukup perlahan.
Dia meraba-raba komputer riba untuk membuka butang on. Hari ini dia cuba mencari penyelesaian kepada masalahnya. Dia cuba menyembunyikan segala masalah kepada ibunya. Takut ibunya bimbang. Sungguh dia tidak mahu menyesakkan hati ibunya itu.
Dia berasa aneh dengan perubahan dirinya. Rambut gugur, tubuhnya bagai dicucuk-cucuk pagi tadi dan panas sekejap meremang sejuk. Sejak dua tiga hari ini sahaja. Namun, dia biasakan diri. “Mungkin aku berfikir negatif” getus hatinya lagi.
Dia mencapai tetikus lantas menghala panah ke arah Mozilla Firefox. Dia yakin mungkin ada sebab menjadi begini.

Dia menaip di google.

GEJALA RAMBUT GUGUR dan menekan ENTER.

Cuma pelbagai tips atau cara menangani rambut gugur sahaja berada di ruang skrin komputernya. Zahra mematikan niatnya. Tidak perlulah mencari puncanya. Mungkin perlu banyak rehat, fikirnya. Dia membuka pula facebook miliknya serta youtube.
Semalam BERSIH 3.0! gumam hatinya tertarik dengan video tersebut. Lautan manusia membanjiri Kuala Lumpur. Rugi tidak ikut serta kerana dia asyik sakit-sakit sahaja. Hampir sahaja dia pergi bersama kamera DSLRnya untuk merakam detik-detik indah di Dataran Merdeka. Meriah!

Pada pandangan otaknya yang kian ligat berfikir, demonstrasi jalanan tidak juga salah. Kerajaan perlu memberi rakyat bersuara demi kepuasan hati mereka. Namun, lunas-lunas keadilan tidak lagi menjadi keutamaan dalam memimpin barisan rakyat. Kenapa 8 tuntutan perhimpunan BERSIH diketepikan demi kepentingan parti politik.
Lantas Zahra mencapai selembar kertas dan pen untuk menulis sesuatu.

Dunia ini palsu,
pada zahir dan batinnya,
kiri kupandang, kanan ku toleh,
kejung...tiada jiwa...

ku terfikir, ku dongak ke awan biru,
hanya itu yang realitinya...
seperti syurga amannya...

kau tahu kenapa??
tidak difikir luhur dan ikhlasnya
terus menyambar bak api membakar
rakus dan serakah

dunia palsu
titik noktah kau tahu di dasar tanah
longlai tanpa bicara
azab menimpa, lemas tak bernyawa...

Bait bait sajak yang sentiasa menjadi teman dikala duka dan gembira. Dia bersyukur dikurniakan akal. 

Alhamdulillah.

QIAM DALAM REDHANYA(part 4)

Seboleh-bolehnya Zahra cuba menghabiskan zikir-zikri yang cukup mengetarkan hati nuraninya. Dia merancang sistem. Pelik bunyinya tapi ironinya terkesan. Takbir, bertahmid, selawat dan berdoa sebelum tidur. Mendendangkan muzik agung juga membuatkannya tenang dan mula merasai kemanisan itu. Semanis cinta. mekar dan ranum.

"Bismillahirrahmanirrahim, tabarakkallazi...." merdu alunannya. Walaupun tajwidnya sedikit menyongsang, dia yakin dengan ilmu yang pernah dipelajari waktu kanak-kanak dahulu. Ibu bapanya memang garang tentang bab agama. Rotan dan cubitan yang hinggap tanpa dipinta itu rela ditahan demi kebaikannya. Zahra agak nakal dan liat mengaji. Mujurlah ayahnya tidak bersikap terlalu memanjakan anak-anak.

Dia menunaikan solat sebelum tidur. Taubat dengan seikhlas hatinya." Ampunkan dosaku ya Allah. Aku mohon dengan sungguh-sungguh. Aku mohon dengan sungguh-sungguh" Zahra mengulang-ngulang. Penuh pengharapan. Rona keinsafan terbit dari dasar hati tanpa dipaksa keluar. Ternyata indah.

Di dasar hatinya, kesal dengan segala dosa dan noda yang pernah singgah dalam hidupnya. Lolongan nafsu memecah tali kesopanan dan tatasusila yang dililit kemas oleh ibubapanya. Harapannya cuma satu. Cinta Allah yang didamba. 

"Aku bertaubat kepadaMu ya Allah".


SONGSANG MENGUBAH ADAT(part 3)

Zahra terkebil-kebil kemudian tersenyum sendiri. Matanya tertumpu pada skrin komputer ribanya. Banyak gambar diupload dalam facebook sekarang. Ada yang menjengkelkan, lucu dan mencuit hati. Salah satunya gambar dari penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang turut dikenali sebagai photographer tegar. Namun gambar-gambar yang dirakam bukanlah seperti individu lain. Beliau lebih senang memuji kehebatan dan keindahan ciptaa Allah melalui shot-shot yang dihasilkan.

"Baik aku buka youtube sambil dengar ceramah ustaz. Lagi best" getus hatinya.

Dia cukup tertarik dengan bahasa yang diujarkan walaupun kelihatan sedikit kasar namun amat bermakna. Loghat negeri pantai Timur tetap utuh dilontarkan kotak suaranya walau  berada di mana sahaja dia menabur ilmu. 

"Orang puang kene tutup oratnya bila kuor rumoh. Ibu bapok dia kene suruh tutup aurat. Ayoh yang dop nasihat anok bini dianggap fasik" katanya. Keras bunyinya tapi cukup kuat untuk menembusi kelenjar otak sambil diperah untuk berfikir dan disimpan.

Dia hampir faham setiap butir kata yang didengarinya kerana dia sudah terbiasa mendengar ceramah beliau setiap malam. Walaupun dulu dia lebih jahil tentang agama, namun dia tetap berminat mendengar untaian kata penceramah versatil itu. Malah mengagumi bagaimana daie itu berfikir dan berseloroh. Mantap dan terkesan. Lagi hebat apabila beliau songsang mengubah adat!.

Kata-katanya kian menjalar ke pelusuk negara mengubah adat-adat yang dianggap jauh menyimpang dari agama. Merobek kesetiaan para pendengar yang masih utuh menggunakan adat-adat lama seperti bersanding, berkaraoke, dan sebagainya.

Zahra kagum..

LORONG KEAMPUNAN(part 2)

Dia masih berkira-kira-kira tentang waktu dan hati. Dia hanya mencintai lelaki ini dua tahun yang dulu. Kini bertukar benci kerana lelaki itu tidak lagi setia. "Aku tidak lagi mempercayai lelaki" getus hatinya. Dia turut terpempan dengan nasihat ibunya. 

"Jangan terfikir-fikir lagi Zahra, raihlah cinta Allah itu. Manusia yang setia hanya boleh dibilang dengan jari sahaja".

Zahra, secantik orangnya walaupun bertubuh sedikit gempal tetapi auratnya kini dibalut sempurna. Dulu tudung singkat berfesyen menjadi kegilaannya, kini perubahan dan hidayah Allah mendominasi dirinya. Tatkala dirundung kesakitan hati yang parah dengan duri-duri kelukaan, barulah dia tersedar. Rupanya Allah ingin memberikannya hidayah yang tidak mungkin dapat dibeli dengan emas dan permata. Hatinya kini padat dengan definasi-definasi cinta mengulit rasa. Rindu tatkala bangunnya terlena hingga dinihari. Dia terlupa bangun tahajud malam tadi!.

" Astagfirullahalazim, subhanallah. Tak sempat aku dating dengan Kekasih malam ini. Ruginya!" hatinya menimbul kesal.

Setelah berdoa, dia bingkas bangun membasahi kulit mulusnya dengan wuduk. Alangkah segarnya. Setelah menunaikan solat subuh, dia menjeling jam dinding. Jam 6.30 pagi. Dia menyambung doanya sambil berharap kehidupannya diwarnai dengan cinta Allah yang didambakan.

"Ya Allah, ampunlah dosa kedua ibubapaku. Kasihi mereka sebagaimana mereka mengasihiku semenjak kecil. Ampunkanlah segala dosa-dosaku, seluruh keluargaku dan muslimin muslimat. Ya Rabb, Kuatkan hatiku menempuh kehidupan ini. Berikan aku hidayahMu dan jangan Kau palingkan hatiku setelah kau memberi petunjuk.

Doanya disambung lagi..

" Ya Tuhanku, jauhkan aku dari manusia-manusia yang memusnahkan cintaku padaMu. Tunjukkan jodoh yang terbaik buatku. Amin ya rabbal alamin"..

Bersambung...


BENIH TAQWA (part 1)

Dia membilang-bilang tasbih sambil mulutnya yang sentiasa basah dengan zikir itu terus berzikir tanpa henti. Hatinya pasrah dengan segala musibah yang menimpanya akhir-akhir ini. Selama ini juga dia lupa. Allah mengujinya tatkala dia belum sedia diuji. Tapi sampai bila kita nak bersedia diuji. "Aku dipilih Allah"bisiknya di dalam hati.

Malam ini hatinya seakan lebih kuat dari biasa. Entah mengapa dia dapat mengumpul kekuatan itu selepas tahajudnya yang pertama beberapa bulan kebelakangan ini. Dia takjub dengan kebesaran Allah. Sesekali bunyi katak yang memanggil hujan yang sedia maklum selepas hujan membasahi tekak sang bumi. Dia terus meneruskan zikirullah yang jarang sekali diucapkan tatkala diuji dengan kesenangan. "Aku bertaubat kepadaMu ya Allah atas dosa-dosaku" hati kecilnya semakin luluh. Air mata kerinduan menitis tanpa dipaksa. Dia ingin bertaubat dengan taubat yang tulus. Yang membawanya dekat dengan Sang Pencipta. Air mata pantas menuruni denai kulit mukanya. Menjalar terus ke bibirnya yang bergerak seiring. Doa terus menerus dipanjatkan.

Dia bersyukur teman sebiliknya belum pulang dari kampung halaman. Bukannya apa. Bolehlah dia berdua-duan malam ini. Bercerita, mengadu dan meluahkan itu dan ini. Kepada Sang Kekasih yang satu itu. Yang sentiasa berada di hati manusia-manusia yang beriman dan membenih taqwa. Perlahan lahan dia mencapai Kitab Teragung pemberian Kekasihnya sejak berabad yang dulu. Yang dikurniakan melalui perantara yang cukup hebat dan agung.

"Aku pasti, inilah keputusanku".


bersambung.....

April 26, 2012

Terima Kasih CINTA

Syukron ya Allah.. Duka terhimpit, luka tersepit...mmbuat manusia sepertiku mnjadi lebih kuat..lebih ♥ Allah..lebih rindu..lebih kasih..

With love,
Hambamu..

April 21, 2012

Hobi Baru..

Assalamualaikum..
Da lama x jumpa..haha(ada ke jumpe?)
Saya ad hobi baru..just nk kongsi walaupun mmg buruk lukisan saya..

Taraa...

Saya cikgu baru, sila panggil saya cikgu Cetusan Nurani ..


 Lukisan ni paling saya suker..(sila gelak guling2)..ade ke angry bird pakai reben.hahah


 Semua lukisan buruk2 ni di bawah label(kononnye haku)..kihkih:


My label
:: Sekian ::

Kreatif ke?

Dilukis melalui Microsoft Excel...

April 20, 2012

Semakin Ku Mengerti

Semakin ku mengerti
Jarak ini menjadi perbatasan
 Menutup mata dan hati
dari terus alpa kepadaMu

Soleh...
Tutur dan bicara
Gaya dan laku
Adab dan watak
bahasa dan kiasan

Semakin ku mengerti
Waktu yang lama itu
Kau yang pantas menjaga
Redha Allah yg didambakan
Makin ku yakini




April 14, 2012

:: Dunia palsu ::

Dunia ini palsu,
pada zahir dan batinnya,
kiri kupandang, kanan ku toleh,
kejung...tiada jiwa...

ku terfikir, ku dongak ke awan biru,
hanya itu yang realitinya...
seperti syurga amannya...

kau tahu kenapa??
tidak difikir luhur dan ikhlasnya
terus menyambar bak api membakar
rakus dan serakah

dunia palsu
titik noktah kau tahu di dasar tanah
longlai tanpa bicara
azab menimpa, lemas tak bernyawa...

14 April 2012
8.26 malam

February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul Kekasih Teragung~

Rona-rona rindu menggamit jiwa
beribu tahun meninggalkan harta
tidak terbalas budi dan jasa
tangisan syahdu membuai rasa

Ya Rasulullah, kaulah rahmat
kurniaan Allah semesta alam
tidak pernah lupa hingga akhirnya
titisan air mata untuk umatmu

Ku rindu, ku cinta
Kekasih Teragung Maha Pencipta
Hanya rahmatMu memayungi kami
meminjam syafaat di akhirat nanti

Ya Qudwah Hasanah,
Bukan sekadar penyampai wahyu,
Kau juga laksana matahari,
memberi cahaya menyuluh kegelapan..