DOA SENJATA MUKMIN

Firman Allah maksudnya:

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(al-Baqarah:186)

October 20, 2011

Blog Kita: Sekadar Diari atau Syok Sendiri??

Bismillahhirrahmanirrahim..

Mgkin ramai blogger baru tertanya2 atau  termimpi2 adakah tulis entry kt blog adalah satu adegan syok sendiri atau mengarang diari untuk diri sendiri bace..X pn, kwn2 yg x penah ada blog n x tahu ape2 ttg blog berkata seperti ayat dibawah:


"Alah, tulis blog x de pekdahnya...Habeskn mase je"


"eh, ad org bace ke entry ko kt blog tuh? karang mcm nak sampat 10 page tp x de org bace."



tak pn, mcm ni...



"Tulis byk pon x dernye org bace"..


Sakit jiwa dan jiwa kacau bukan???(Cn pn byk kali rasa cmni..haha)



Ingat x hadis Rasulullah SAW ni??

"Sampaikan dariku walaupun satu ayat."...



ape maknenya dan kaitan dengan entry ni?? 


BLOG ADALAH SALAH SATU MEDAN DAKWAH YG HEBAT!!


Pertama: Entry yg penuh dgn ilmu(expecially ilmu agama) yg telah dipublishkn akan dikongsi dgn semua org yg mmbaca..
Kedua: Saling menyampaikan dan menasihati.
Ketiga :Manusia blh merasaikan dan menyelami sesuatu ilmu melalui penghayatan dr tulisan..
Keempat: Kita share pahala apabila sama berkongsi ilmu.



Manusia di seluruh dunia sekarang  mencari ilmu melalui CARIAN di...


google search
link facebook



Cetusan Nurani sedang bercinta!

Cn sedang bercinta denganNya..

Cn sangat merinduiNya..

Cn sangat-sangat mengasihiNya...

Hidup mati Cn untukNya..

Cn PASTI x bole hidup tanpaNya...
Dia adalah nyawa dan nafas Cn...

Dia yg mendengar dan melihat Cn dlm susah mahupun senang. ..

Cn tahu Dia mencintai Cn sekiranya Cn menyerahkan seluruh jiwa raga kepadaNya.
 Cn sanggup!!....APA SAHAJA demi cinta suci Cn...


dan

Dia SEGALANYA bagi Cn..






kenapa!!!kenapa!!!








Kerana Dialah yg menjadikan manusia dgn sebaik2 kejadian dan langit serta bumi dengan sempurna bersama hukum-hakamnya....

Why not bnda yg kita ucapkn sehari2 dan bukannya kepada Mr. Right kunun(bf/tunang/kekasih gelap/ape2 je la korg) yg langsung x mmberi apa2 kebaikan..

p/s:

cinta manusia dikejar x dapat, cinta Allah pula berciciran...
wallahuaklam.

October 19, 2011

Wordless Nightday..kehkeh



Sape x nk< meh nk sepuk pakai sarong tangan..(syuhhhh, wordless malam hari..kehkeh..)

October 18, 2011

Hudud itu Perintah Allah!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Hududullah: Hudud Allah..



:: FIRMAN ALLAH ::

Ianya wajib dilaksana sebagaimana kita wajib menunaikan solat, puasa dan ibadah yang lain. Firman Allah dari surah an Nisa' ayat 105 menjelaskan kewajipan ini .
إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلَا تَكُن لِّلْخَائِنِينَ خَصِيمًا

"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat"



Ada masalah lagi tak sicantik2 semua??


Anda ingat hudud tu  PAS punya idea ke??Aiseh...Baca tafsir lebih sikit atau belajar dr ustaz-ustaz okeh!



Cn juga sebillion kali setuju apa yg diperkatakan oleh Saudara KEMBA TOLO


" Ehem. Bila cakap tentang hudud ni mesti ada yang nak cop aku pembangkang. Oh lupa nak cakap aku tak kisah kau nak cop aku apa sekalipun. Cuma ada satu aku nak bagitahu, aku menyokong kepimpinan islam. Sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah, mengucapkan dua kalimah syahadah, adalah menjadi satu kewajipan bagi mereka untuk memiliki niat mewujudkan SEBUAH NEGARA YANG MENGAMALKAN UNDANG-UNDANG ISLAM. Wajib ada! Kalau tak ada, kau dah dikira berdosa. Dapat?
Sehubungan dengan itu, suka aku nak ajak korang cite pasal keberkesanan hudud ni. 
In fact, kalau kau perasan, berita yang diwar-warkan untuk mengamalkan hudud telah menyebabkan banyak pihak tak senang duduk. Baik pemimpin, baik artis, baik rakyat, rata-rata mereka gelisah dengan perkhabaran tersebut. Takut sangat eh? Tak hairanlah banyak pendapat sendiri yang timbul hanya disebabkan ketakutan mereka terhadap undang-undang islam. Kesian kan?
Cuba kau pandang dari sudut yang lain. Keberkesanan hudud ni dah terbukti sebelum ia dilaksanakan lagi. Tak semena-mena dunia jadi kucar-kacir, tunggang-langgang, haru-biru, kalut-bilut, resah-gelisah, semua satu pakej! Tu baru cakap nak buat, dah ramai yang kecut perut tak tentu arah. Sekering hati mat rempit pun reti takut hudud, nak apa lagi kan? Nampak tak kebaikan hudud ni? ehehe
Kesimpulannya, aku tak dapat bayangkan kalau hudud betul-betul dilaksanakan. Mesti negara kita aman kan? Takde masalah sosial, takde jenayah. Ohh~ Alangkah indahnya dunia. Seindah-indah dunia, indah lagi penciptanya. =D"


dan kata2  anonymous kt ENTRY NI .. 


OU ARE MUSLIM? so u should believe 100% or more than that about AL QURAN condition (ALLAH SWT RULES)...kita hanyalah manusia biasa yg tak dpt tandingi kebijaksanaan ALLAH swt..ramai yang mengaku islam tapi dia sendiri seolah2 meragui hukum ALLAH..bila ditanya kamu agama apa? Islam jawabnya ...apa panduan mu? AL QURAN dan Sunnah sumber sebagai rujukan ....so hukum ini dinyatakan kat mana?so klau tak tau fahamilah isi AL QURAN jgn setakat dibaca sahaja...Bila kita x yakin pada hudud ini maknanya kita tak yakin pada AL QURAN...ingatlah ilmu kita sangat3 sikit dan ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI DAN MAHA BIJAKSANA...so bila kita terlalu berdalih kononnya dimana keadilan ,susah nak dilaksanakan,x releven dgn keadaan semasa dan pelbagai pandangan yang mengambarkan kejahilan orang yang mengaku islam itu sendiri...klau kafir yg meragui itu memang aku tak heranlah..HUDUD ITU BUKAN HUKUMAN MANUSIA TAPI HUKUMAN ALLAH KEATAS MANUSIA TERTENTU YG TELAH DIGARISKAN...NAK TUNGGU SEMUA RAKYAT MALAYSIA JADI ISLAM BARU NAK LAKSANA KE? cuba ingat kembali AL QURAN adalah fleksible untuk sepanjang zaman sehingga akhirat kita dituntut untuk mengikut peraturan yang ditetapkan dalam Al QURAN ini..kerana ia merupakan manual untuk orang islam bah kan bukan islam sekalipun dimuka bumi ini...so lpas ni klau tak tau psal hudud jangan buat tuduhan jahil dan persenda hukum ALLAH ini..klau lah kamu mati disaat ini siapa yg nak tolong delete FITNAH yang kamu buat dimana dosa kamu ini mungkin tak akan padan dan menyebabkan orang yg membacanya meragui ttg HUKUM ALLAH INI....BERTAUBATLAH WAHAI SAUDARA KU....







HUDUD PASTI DILAKSANAKAN.insyaAllah.

October 17, 2011

Penyanyi Wanita-Tanda Banyak Kemusnahan dan Fitnah

Bismillahirrahmanirrahim..

Alangkah cantiknya kalau artis2 wanita mengikut jejak Wahida Wassini dengan berpurdah. Atau sekurang2nya bertudung anggun spt Heliza Helmi(tudung labuh beliau inpired me)  untuk menyemarakkan lagi Islam di negara kita? 
Dunia hari ini juga, semakin hari semakin ramai artis wanita bertudung tapi masih lagi melunakkan suara dengan meletakkan tagline seperti dibawah:

"Walaupun bertudung, si fulan2 masih dapat menyanyi dengan baik...bla..bla..."


atau
"Walaupun bertudung, tidak menjadi halangan untuk menyanyi..bla ..dan ..bla"...





Biasakan korg dengar si wartawan tulis atau cakap begini, ces ces...ko ingat tudung tu satu bebanan ke...marah sambil urut janggut *kening terangkat*..tudung tu adalah mahkota yg mnjaga kehormatan wanita...setiap inci aurat adalah kehormatan..bukan rambut shja...meh Cn nk higlight skali lagi...


AURAT ADALAH KEHORMATAN WANITA..


Bukan Cn x dengar la lagu yg dorg2 nyanyi ke atau pura2 tekup telinga bila  org menyanyi...Dengar dan buat pemilihan yg bijak dlm berhibur..bijak2*..sebenarnya ni yg Cn nk ckp sebenarnya...berapa byk sebenar da:)
:: Firman Allah ::

“Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melunakkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)
:: Hadis ::


Di akhr zaman akn terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertnye kpd Rasulullah;"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian(muzik)dan penyanyi-penyanyi wanita"...(Ibnu Majah)
:: Ulama ::
Ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; ) 
Imam As-Suddi berkata : Ini bermaksud kaum wanita tidak boleh melunakkan suaranya (lembut  dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.
:: Pesanan Cetusan Nurani ::
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Bingkisan ikhlas ini untuk diri sendri dan semua si cantik2 di luar sana...(:

October 16, 2011

Pesanan untuk Facebooker dan Blogger Wanita~

ececeh..panjang je tajuk..senang cmnila...Cik Cn nk bg pesanan cket je, bukan Cn baik n terbaik pn..tp cuma kita berkongsi rasa...dr hati ke hati..mcm  kt tagline ats tuh..



 ~ku bingkiskan lukisan kehidupan dari hati nurani~



 letsegoooooo for da message..



Pesanan untuk perempuan2 cantik di alam maya inih..

.
.
.
.

Pertama

Jagalah auratmu dengan sebaiknya..kadang2 keseronokan org2 memuji diri kita, buat kita alpa..Jadi pelbagai pose istimewa telah ditunjuk terlebih dahulu mendahului suamimu..

ingatlah Firman Allah SWT yg bermaksud:


 
"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t, Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (surah An-Nur ayat 31)



kedua

Jagalah hatimu supaya kamu menjadi org yg paling bahagia kerana disayangi Allah..

ingatlah...



BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.
 
 
 
 
Bai si cantik2 semua..jumpa lagi..