DOA SENJATA MUKMIN

Firman Allah maksudnya:

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(al-Baqarah:186)

August 11, 2012

Tahajud Cinta ExclusiveHijab


Tahajud Cinta Hijab tampil dengan pelbagai warna menawan dan cantik..
 
:: Pilih warnamu ::
 



Peach!

Tahajud Cinta PolkaTone

PolkaTone

Blakest Black

Dark Purple
Selepas Aidilfitri, kami akan update 10 colour untuk anda semua...

:: Happy Shopping ::

Order Off

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada semua pelanggan ExclusiveHijab..
Semua order bakal dipos dan dijangka sampai sebelum Aidilfitri..insyallah..

Manakala order akan mula dibuka 2 minggu selepas Aidilfitri..

:: Hijab is Beautiful ::


Pre Order Tudung Telekung





Insyallah.. tempahan bagi Tudung Telekung akan dibuka  2 minggu selepas Aidilfitri..

Terima Kasih kerana Shopping di ExclusiveHijab...

July 16, 2012

Exclusive Tudung Telekung



Tudung Telekung Ekslusif ♥

Material: Lycra
Warna: Pink Belacan
Harga: Rm80
Postage: RM5

Keunikan:
♥ Tudung Soft Awning dan Berdagu
♥ Sebagai telekung solat
♥ Sgt mudah digayakan
 Available colour: grey, blue sky, brown, black

For order: please email kikippo_89@yahoo.com

Exclusive Skirt


Skirt Labuh Elegen ♥

Material: Lycra
Warna: Biru cantik
Harga: Rm45
Postage: RM5
Sila email/comment ke kikippo_89@yahoo.com..

July 10, 2012

Ingatan buat sahabat

: Ingatan buat sahabat:
Buat hati-hati yang sentiasa berpegang pada Allah, bacalah ia..Motivasi buat anda yang masih menyalahkan takdir tentang apa sahaja ujian yang melanda diri anda.
:
:
:
Wahai jiwa yang bersedih, jangan kamu merasa lemah dengan ujian yang menimpa kamu kerana sesungguhnya Allah Ta'ala ingin melihat kepada kamu dengan siapakah kamu bergantung, sesiapa yang bergantung dengan Allah, dengan mendekatkan diri pada-Nya, segala masalah kamu akan selesai.
 Orang yang sentiasa dalam nikmat hendaklah bersyukur pada-Nya dan orang yang sentiasa dalam ujian hendaklah bersabar. Masalahnya bukan ujian itu tetapi adalah bagaimana hati kita dengan Allah apabila ditimpa ujian oleh Allah.
:
:
:
:
:
Hingga anda menemui hikmah yang sgt besar dalam hidup anda..
 
Insyallah..

July 9, 2012

Masa

Masa
Menjelmakan  zahir dan batin
Mengotakan janji
melontarkan sumpah
Menumpahkan apa yang tersirat
 
Masa
 Perjalanan cukup adil
Merentas segala kekeliruan
Membongkar segala tipu helah
Mendominasi rasa pembohongan

Masa
Akan menentukan segalanya
Pasti mengotakan kisah
Membungkam citera kegelisahan

Masa
Pertolongan Allah hanya
Bukan dari manusia atau makhluk durjana
Balasan Allah pasti tiba..

Ingatlah janji Allah :
  
..What u give, u get back..


July 6, 2012

Adam

Adam..
Jadilah lelaki sejati
bukan seperti batman atau superman
atau juga spiderman.

Adam..
Berpeganglah pd iman
Bukan pada Nuriman atau Imani
Atau juga Nurul Iman..

Adam..
Laungkan kata-kata perjuangan
Bukan kata-kata pujangga atau cinta
Atau juga kata-kata manis semata..

Adam..
Kibarkan panji-panji agama
Bukan panji-panji rindu atau cinta berahi
Atau juga sumpah setia..

Adam..
Luangkan masa buat isteri
Bukan pada teman wanita atau perempuan simpanan
Atau juga teman alam maya

Adam..
Kuatkan jiwa mengharung ujian dunia
Bukan mengharung lautan berapi atau gunung
Atau juga petir menggila

Adam..
Sangkarkan hati demi Tuhan yang satu
Bukan pada cinta dongeng atau palsu
Atau juga cinta merapu

Adam..
Panahan mata untuk yang halal
Bukan pada keindahan atau kecantikan
Atau juga liuk lentuk manusia..

Percayalah:

Para wanita solehah menunggu Adam untuk cinta hingga ke SYURGA.. 

:: Full With Barakah ::

July 5, 2012

Tudung Telekung by ExclusiveHijab



Assalamualaikum..
 Labuh itu menawan dan memikat hati..


Kelebihan Tudung telekung


Gaya 2: Pusingkan hujung tudung ke belakang..Naikkan lebihan tudung untuk jadi 2 layer..

 Mudahkan?cantikkan?Labuhkan?

Harga?

place ur order to my email

:: Happy Shopping ::










Nisfu Sya'ban

Assalamualaikum..

Nisfu Sya'ban antara hari orang2 berduyun ke surau ke masjid untuk:

Solat sunat
Solat berjemaah
Baca Yasin
Pelbagai surah yang digalakkan
Amalan yang baik2
Puasa pada siang hari

Tempat kiter orang panggil "Sepu"..Terengganu dialek dekat2 la tuh..Bagaimanapun, amalan ini sememangnya dituntut oleh agama namun tiada nas yang mengatakan sesuatu amalan perlu dilakukan pada malam tersebut..
Cukuplah amalan dilakukan secara berterusan hingga hari-hari seterusnya..wallahuaklam.

Dan paling penting,15 hari lagi nak menyambut Ramadhan..

Yeay

Yeay

dan

Yeay 

lagi..

Ku berharap bertemu Ramadhan lagi setelah tibanya hari terakhir Ramadhan..Alhamdulillah..

With love, CN..



June 28, 2012

Kematian

Assalamualaikum...

Salam jumaat buat semua..sebelum aku beredar dari bumi KL pada saat ni, mgkin ini juga kali terakhir aku menulis( Ya Allah, panjangkanlah umurku)..mane la tahu, ajal itu datang menjemputku menemui Allah yang Maha Esa..

Aku rasa dekat..sgt dekat dengan daerah kematian walaupun lumut2 dosa memenuhi ruang kehidupan..itulah lumrah manusia..Hari ini kita ketawa tanpa henti kerana gembira, esok tersenyum puas lagi dan lagi..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70  kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati  orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk  mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."


Maksudnya kita jarang memikirkan saat kematian itu...padahal itu yang terlebih baik untuk diri kita..Bukan rezeki yang perlu kita titikberatkan tapi timbangan amal yang pasti dikira sebagai sebuah pembalasan..


salam sayang buat semua, CN.


Senyum

Assalamualaikum...
Selamat malam semua...eh belum, baru nak mula la...huhu..

Malam ini aku cukup beremosi entah kenapa..Bukan kerana sedih tapi sebak secara tiba2..aku rasa aku cukup tabah beberapa bulan kebelakangan ini kerana banyak ujian yang dianugerahkan oleh Allah yang menyayangiku..

Saat ini aku mampu tersenyum dengan diriku..bukan bermegah tetapi aku bangga dengan kurniaan Allah terhadap diriku..aku semakin kuat, semakin sabar dan hilang kemarahan yang sering aku bermasalah tentang itu(betul ke ayat ni)..haha..

Biar la sesukar manpun ujianMu ya Allah, aku bersyukur kerana hikmahMu terlalu besar..

 aku tersenyum kerana itu...


with love, CN..


June 26, 2012

Cinta yang paling SWEET..

Ini satu pengajaran buat manusia...

Kadang-kadang kita menolong org lain tanpa mengharap balasan..dengan erti kata sebenar  IKHLAS...Al awalul bin niat...namun mereka berlalu pergi tatkala kita mengharap pertolongan..Malah bertepuk tangan melihat kesusahan orang lain..Dangkalnya hati mereka..Redhalah walau apa yang berlaku..

Jangan la ragu dengan rezeki dan ketentuan Allah..Ad masanya kita susah, ada kalanya senang..Ada kala bahagia, ada kalanya sedih..

::Sesukar manapun:::

Ingatlah... Allah sentiasa menggantikan manusia lain untuk menolong kita...Sebab itu, apapun yg berlaku sentiasalah berhubung dengan Allah yang Maha Mengasihani..
 

Sweetkn cinta Allah♥♥..

Lontarlah jauh-jauh CINTA yang  melalaikan, merosakkan dan tidak memberi erti..Lillahitaala..Tidak merugikan walau sekelumit pun..Malah hati-hati manusia semakin bahagia keranaNya...

June 18, 2012

Wedding Imah dan Shah

Cantik??
Assalamualaikum...Tak nyempat2 terus letak gambar...hahaha...Thanks for kakakku dan abg ipar mmberi kepercayaan untukku untuk merakamkan kenangan perkahwinan mereka..*ayat skema rasa nak lempang diri sendiri*..

Memanglah sgt penat plus lenguh2 tangan aku snap picture2...nak letak gambar byk2..apakan daya tenet sgt la lembab...tgk dan komen la klu rajinea..K omen anda amat sy hargai...








With love, CN..

May 23, 2012

PILIH MEMILIH JODOH-Part 1

Assalamualaikum..

Apa punya tajuk da la time exam nak cakap hal jodoh lak serius macam gatal penat aku tulis jap ag aku titik k..noktah..
Pilih memilih jodoh?
Hihi gelak je tajuk dia...kahkah..kahkah..Okeh, aku akan serius sekarang..

Kenapa aku nak cakap bab pilih memilih jodoh..Tadi aku pegi beli tudung..jadi, aku terfikir apa mak aku penah cakap..Beli apapun kena pilih memilih apatah lagi jodoh kita..

Bab jodoh ni aku sangat sensitif sgt sekarang..<konon la>

Aku decide "tiada cinta halal before nikah" dalam hidupku..

Sebelum ni aku x de la fikir sgt apa mak aku penah cakap..sekarang fikiran aku terawang- awang hal tu...

Pertama: Pilih lelaki yang sayang Allah, automatik akan syg kita..Klu agama kuat, baik pulak tu, hurm baik la 2 kn..

Kedua: Pilih lelaki dari keluarga yang beragama...(lebih elok orang PAS)..ini tidak dipertikaikan oleh segenap keturunanku..kihkih

Ketiga: Pilih lelaki yang pemurah..Bukan bermaksud lelaki yang kita boleh kikis gila habis..tapi itulah dalil dia akan menjadi seorang suami yang sentiasa menghargai kita..Sape tak suka, balik rumah je bawak buah tangan untuk kita dan anak2..yang kedekut tu jangan pilih, sila buang jauh2...

Keempat: Pilih yang ada rupa sikit..Sedap mata memandang dan sejuk hati melihatnya..Kurang-kurang tengah panas hati pun boleh lembut..Kdg2 secara normalnya, bila sejuk melihatnya, kita akan lebih bahagia..Lebih2 lagi balik surau pakai kopiah..

Kelima: Pilih lelaki yang setia..Part ni aku suka nak cerita.. Sebab apa setia?Bukan ke semua orang yang normal PASTI nak pasangan yang setia..gila la klu cakap tak nak kn..Ini bukti selepas kawin nanti dia akan setia berada di samping kita dan bersedia menerima kita dalam susah atau senang..Jenis aku tak suka pada lelaki yang "hangat-hangat tahi ayam"bak kata peribahasa...Mula kawen sayang, da lama melayang...Nauzubillah..

Keenam: Pilih lelaki yang menerima kita seadanya..yang ni semua orang da faham kan..Kadang2 kecemburuan seorang perempuan melebihi paras merah..Asyik marah2 dan mengamuk je...Lelaki ini akan mudah memujuk dan menyejukkan hati..

Ketujuh: Pilih lelaki yang fleksibel..Maksudnya fleksibel dengan pelbagai situasi..Contoh la kan, dia kerja gila buzy la hari tu..Dia akan maklumkan apa yang dibuat..Maklumlah kerja pun kena ada masa rehat..Sibuk macamane pun manusia, arah kita adalah kematian..Dalam sibuk2 pun still nak ada masa dengan wife..Kalau keje cat tingkap KLCC doploh jam sehari dan tujoh hari seminggu tu at least ad mase dengan wife gak kn..hihi


t aku story mory lagi keh..esok nak balik cuti sem bermula...

:: bersambung::

May 22, 2012

Gula hatiku~



Gula hatiku...Awak hensem sgt..Saya sayang awak taw..ngeee..
 
T awak keje bg nafkah kt sy k..muah..muahhaaahaa

:: Esok exam, dh2 jgn nk jiwang2 ::


May 21, 2012

BULAN REJAB

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

Peringatan dari seorang sahabat:

"Esok 1 Rejab, Disunatkan berpuasa"..

: SELAMAT BERAMAL ::





Prepare untuk nikah!

Assalamualaikum..

Aku prepare untuk nikah..Eh, bukan aku..*aku terexcited,maap*

Ku menyiapkan sesuatu untuk akakku sebelum 2 june ni..

Padahal esok exam, kemain ku rajin taip2 blog bagai..

Ku dh siapkan hadiah untuk mak ayah sebelum balik..

Ku akan makin maju pasni *tlg doakan*..

Bahagia dengan diriku yang dah bersemangat, kental dan berpandangan jauh ..yeah!..


:: Dh malam kot, cukup la takat ni ::

May 20, 2012

UJIAN ALLAH-hampir diragut!

Assalamualaikum..

Aku redha walaupun sgt2 sakit hati dengan manusia syaitan itu..Dah malas kerja, motor tu ade g la kejer sendiri carik duit untuk anak bini mak ayah ke...grrr..

:: Begini ceritanya ::

Pagi yang sunyi itu, aku dan ego berjalan2 sekitar Permaisuri dengan 40km/j..Slow tu tok sah cakap la, sebab keayuanku pasti terserlah(naik skuter memang kene duk sopan2 dik)..

Tiba2 datang seorang manusia bermotorsikal berbaju biru x perasan plak ko umur berapa> cuba meragut purse dlm raga depan motor..Aku dah pandang kt belakang, tp x sangka lak mamat ni ada niat busuk lagi keji plus gila...

aku cuba tolak dia, namun aku lak terjatuh..Brguling2 ala filem hindustan..Alhamdulillah...hanya luka kecil..Terima kasih kt pak cik yang tolong angkat motor aku..(x de hero yang tolong time ni)..

Aku?? aku bangun sendiri la..dengan semangat kekentalan dan keperwiraan yang tinggi..Terketar-ketar macam kene karen pun ada*part ni aku tipu*

Alhamdulillah, x da apa2..

Allah menguji aku, Allah sygkn Huda(pesan sahabat)..


Motor aku-calar seperti calarnya di hatiku..(mana nk cekau duit nk baiki walaupun sikit jer)

"Syg, awak sakit ke?"boleh lak aku tanya motor aku dlu..hihi

Selepas ini, beringat2, berhati2, berjaga2 dan baca doa panjang2 plus ayat kursi..

"Allah hantar manusia yang baik2, mengambil berat dan menyayangiku tatkala aku susah dan senang">terima kasih kepada semua yang sangat PRIHATIN dan AMBIL BERAT..
 

:: esok badan pasti sakit penangan jatuh tadi, dh malam kot selamat malam oke ::
 

May 19, 2012

:: PHOTOGRAPHY ::

Sebelum 


Selepas
:: insyallah::

 Bermulalah sebuah hobi dengan berbekalkan minat dan keazaman yang kuat..dan kamera yang dipegang oleh photographer amatur..Sangat2 addicted dgn photographer hebat spt Saiful Nang dan Annaseskey..

:: First job untuk Wedding Reception 2 June 2012..nantikan  ::