DOA SENJATA MUKMIN

Firman Allah maksudnya:

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(al-Baqarah:186)

April 16, 2011

Cintailah seorang lelaki kerana cintanya kepada Allah...

Seoarang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya."

Masyaallah…alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie…adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya….kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia.tetapi bahagia kerana boleh kawin lag

April 12, 2011

Pernah termakan CACING TANAH ?

assalamualaikum...i'm cetusan nurani..bkan mak cik nani taw...haha..
ni tajuk je yg gempak2..tp sebenarnya nk bg tips kecantikan yg very2 peliks.
hah...cacing tanah sebagai jamu..urweeeeksss.
bole ke...meh saya citer cket..cer citer..cer citer..
meh tengok dlu macamane rupa si cacing tanah ni..
errrrrrrr....ni dia si cacing, adik cacing dan segala mak nenek la bab cacing nih...


OMG..OMG...actually sebenarnya kan..cacing tanah ni kan..kan..
ape ko bt tu si cacing tanah oi....ngeeeee.
sebenonya si cacing tanah ni ada byk khasiatnya...

1.   TINGGI PROTEIN
Menurut penelitian yang pernah dilakukan bahwa cacing tanah adalah sumber protein sangat tinggi. Cacing tanah juga mengandung beberapa asam amino dengan kadar yang tinggi. Salah satunya, cacing Lumbricus Rubellus mengandung kadar protein sangat tinggi sekitar 76%. Kadar ini lebih tinggi dibandingkan daging mamalia (65%) atau ikan (50%).

2.  Sembuhkan Typus
3.  Menurunkan kadar kolesterol
4.  Meningkatkan daya tahan tubuh
5.  Menurunkan tekanan darah tinggi
6.  Meningkatkan nafsu makan
7. Mengubati infeksi saluran pencernaan seperti typus, disentri, diare, serta gangguan perut lainnya 
8. Mengubati penyakit infeksi saluran pernafasan seperti: batuk, asma, influenza, bronchitis dan TBC


haaaa...tu dia....geli ke..tp mayak no khasiatnye ken..kenn...
ate bule le mike sume ni kabokan pada org yg saket2..bantuin dong...

renung-renungkan dan selamat beramal...



April 3, 2011

bukalah mata...



BUKALAH MATA-MAHER ZAIN
Di sekitarmu tidakkah kau menyaksikan
Terbentang nan luas
Awan yang berarak
Langit yang membiru
Aturan cakrawala
Mentari dan bulan
Harmoni sempurna
Tanyalah ke dalam diri
Tak cukup lagikah bukti
Butakah hati menolaknya ke tepi
Kita perlu.. buka mata, hati dan minda
Saksikan semua petanda
Mampukah menafikannya
Terpaku tak terkata
Berikan kami petanda
Ke arah jalanmu yang lurus
Dekat denganmu
Selama-lamanya
Dalam dirimu
Sungguh teraturnya
Tanpa kau sedari
Di aliran darahmu
Cinta kasih dan rindu itu
Sepenuh jiwa raga
Mampukah kau menggapainya
Bukankah ia nyata
Tanyalah ke dalam diri
Tak cukup lagikah bukti
Butakah hati menolaknya ke tepi
Kita perlu buka mata, hati dan minda
Saksikan semua petanda
Mampukah menafikannya
Terpaku tak terkata
Berikan kami petanda
Ke arah jalanmu yang lurus
Dekat denganmu Selama-lamanya
Lahirnya si kecil
Lemah tak bermaya
Kau lihatnya memebesar
Di hadapan mata
Keajaiban yang nyata
Allah kau cipta segalanya
Kami menadah tangan
Bersyukur selamanya..alhamdulillah.