DOA SENJATA MUKMIN

Firman Allah maksudnya:

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(al-Baqarah:186)

May 17, 2011

Antara Ustaz Azhar Idrus dan Prof Madya Dr Asri.

Antara Ustaz Azhar Idrus dan Prof Madya Dr Asri.

Membandingkan keseluruhan antara mereka berdua mungkin tidak tepat kerana lapangannya berbeza, namun ada contoh yang ingin dikaitkan adalah bagaimana cara antara mereka mengubah masyarakat. Samada pemikiran, amalan dan kehidupan masyarakat.

DR MAZA

Muncul pada tahun 2004 bersama mereka yang memperjuangkan tajdid. Ketika itu, ulama-ulama haraki PAS kurang menonjol akibat kekalahan parti tersebut pada PRU 2004. Beliau muncul dengan slogan memperbaharui minda dan ingin mengembalikan amalan masyarakat kepada islam yang telin. Usaha beliau lebih memfokuskan kepada serangan pemikiran seperti islam liberal dan Pluralism, walaubagaimanapun isu-isu khilafiyah dalam masyarakat seperti amalan membaca yasin, tahlil, taqlid buta mazhab syafie dan salah faham konsep bid’ah hasanah turut dikritik. Pengaruh beliau besar terutamanya anak-anak muda di IPT yang beralih angin daripada perjuangan haraki, muncullah istilah Asriesm. Lebih berani lagi, DR MAZA turut menyalahkan golongan agamawan dan juga jemaah islam ketika itu atas kegagalan mereka membentuk pemikiran masyarakat. Beliau juga dilihat lebih mesra dengan kerajaan.

Ustaz Azhar Idrus
 
Kata-katanya berjaya membuka minda dan bersifat REALITI...

Berjaya menarik remaja2 di Pantai Timur khususnya...Meminati bidang Fotografi...


 muncul pada saat yang sama namun mungkin lebih tertumpu di negeri pantai timur. Beliau memilih menyerang sikap dan amalan-amalan yang jauh menyimpang daripada islam dalam masyarakat. Mas kahwin yang tinggi, adat bersanding, isu aurat, hiburan yang melampau dan kelalaian ibu bapa dalam memberi pendidikan agama kepada anak-anak. Beliau mengambil pendekatan dengan menggunakan bahasa yang kasar, agar humor dan memberi contoh yang benar-benar realiti dalam masyarakat. Walaupun bergelar pendakwah bebas beliau tidak mengambil pendekatan bertembung dengan jemaah islam. Bahkan adakalanya beliau menzahirkan sokongan terbuka dan yang menariknya beliau turut menjadi tumpuan golongan muda. Beliau menjadi ikon bagi kelab pemotoran ARC. Di maklumkan juga, ketika jambori ARC,beliau menyampaikan kuliah khas kepada mat-mat motor ini.

Antara kedua-duanya, pendekatan Ustaz Azhar lebih diterima masyarakat. Isu yang diperjuangkan beliau jauh lebih penting dan memberi kesan yang lebih baik daripada isu-isu DR MAZA. Begitu juga beliau lebih kenal siapa kawan dan siapa lawan. Maksud saya bukan isu berkaitan dengan akademik, tapi kemasyarakatan.


Terima kasih Allah SWT kerana  melahirkan ulama-ulama yg mengajar kami hukum-hakam agama...yang menadah ilmu-ilmuMu dan menyambung perjuangan Rasulullah SWT..Semoga mereka semua dirahmatiMu YA Allah SWT...

Alhamdulillah..

8 comments:

MR.GHOST said...

entri yang berguna....

gurumusafir said...

menarik...

Cetusan Nurani said...

Mr ghost: sukron....

gurumusafir: sukron...

moga dpt share sdkt sbyk ilmu dgn anda smua..

Anonymous said...

Kedua2 nya tak dapat nak dibandingkan...

Ustaz Azhar mensasarkan golongan yg jauh dgn agama, yakni masih gagal untuk memahami asas2 islam. Sebab tu, audience dia sangat2 ramai termasuk mat rempit, mat pit dan sebagainya.

Dr Asri pula mensasarkan golongan yg sudah ada asas2 islam, tetapi tersasar dari manhaj yg tulen. Sebab tu, audience dia terdiri daripada ahli2 akademik yang sentiasa berfikir utk memajukan islam dan sebagainya.

Kesimpulannya, kpd mereka yg sudah berjinak2 dgn kuliah ustaz azhar, disarankan utk melangkah setapak mendengar kuliah2 yg lebih tinggi tahapnya spt dr. zaharuddin, ustaz zahazan, dan juga dr. asri. wallahualam

Cetusan Nurani said...

sukron..perkongsian yg menarik..

Anonymous said...

Betul... setuju sangat-sangat dengan anonymous October 14, 2011 at 6:23 AM

Anonymous said...

u can't say like "Kesimpulannya, kpd mereka yg sudah berjinak2 dgn kuliah ustaz azhar, disarankan utk melangkah setapak mendengar kuliah2 yg lebih tinggi tahapnya spt dr. zaharuddin, ustaz zahazan, dan juga dr. asri. wallahualam".....

WHO ARE U ?

Anonymous said...

to admin, next time u jgn compare ustaz A & ustaz B ? u ingat ape? pasu bunge nk compare2 ??