DOA SENJATA MUKMIN

Firman Allah maksudnya:

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(al-Baqarah:186)

May 23, 2012

PILIH MEMILIH JODOH-Part 1

Assalamualaikum..

Apa punya tajuk da la time exam nak cakap hal jodoh lak serius macam gatal penat aku tulis jap ag aku titik k..noktah..
Pilih memilih jodoh?
Hihi gelak je tajuk dia...kahkah..kahkah..Okeh, aku akan serius sekarang..

Kenapa aku nak cakap bab pilih memilih jodoh..Tadi aku pegi beli tudung..jadi, aku terfikir apa mak aku penah cakap..Beli apapun kena pilih memilih apatah lagi jodoh kita..

Bab jodoh ni aku sangat sensitif sgt sekarang..<konon la>

Aku decide "tiada cinta halal before nikah" dalam hidupku..

Sebelum ni aku x de la fikir sgt apa mak aku penah cakap..sekarang fikiran aku terawang- awang hal tu...

Pertama: Pilih lelaki yang sayang Allah, automatik akan syg kita..Klu agama kuat, baik pulak tu, hurm baik la 2 kn..

Kedua: Pilih lelaki dari keluarga yang beragama...(lebih elok orang PAS)..ini tidak dipertikaikan oleh segenap keturunanku..kihkih

Ketiga: Pilih lelaki yang pemurah..Bukan bermaksud lelaki yang kita boleh kikis gila habis..tapi itulah dalil dia akan menjadi seorang suami yang sentiasa menghargai kita..Sape tak suka, balik rumah je bawak buah tangan untuk kita dan anak2..yang kedekut tu jangan pilih, sila buang jauh2...

Keempat: Pilih yang ada rupa sikit..Sedap mata memandang dan sejuk hati melihatnya..Kurang-kurang tengah panas hati pun boleh lembut..Kdg2 secara normalnya, bila sejuk melihatnya, kita akan lebih bahagia..Lebih2 lagi balik surau pakai kopiah..

Kelima: Pilih lelaki yang setia..Part ni aku suka nak cerita.. Sebab apa setia?Bukan ke semua orang yang normal PASTI nak pasangan yang setia..gila la klu cakap tak nak kn..Ini bukti selepas kawin nanti dia akan setia berada di samping kita dan bersedia menerima kita dalam susah atau senang..Jenis aku tak suka pada lelaki yang "hangat-hangat tahi ayam"bak kata peribahasa...Mula kawen sayang, da lama melayang...Nauzubillah..

Keenam: Pilih lelaki yang menerima kita seadanya..yang ni semua orang da faham kan..Kadang2 kecemburuan seorang perempuan melebihi paras merah..Asyik marah2 dan mengamuk je...Lelaki ini akan mudah memujuk dan menyejukkan hati..

Ketujuh: Pilih lelaki yang fleksibel..Maksudnya fleksibel dengan pelbagai situasi..Contoh la kan, dia kerja gila buzy la hari tu..Dia akan maklumkan apa yang dibuat..Maklumlah kerja pun kena ada masa rehat..Sibuk macamane pun manusia, arah kita adalah kematian..Dalam sibuk2 pun still nak ada masa dengan wife..Kalau keje cat tingkap KLCC doploh jam sehari dan tujoh hari seminggu tu at least ad mase dengan wife gak kn..hihi


t aku story mory lagi keh..esok nak balik cuti sem bermula...

:: bersambung::

May 22, 2012

Gula hatiku~



Gula hatiku...Awak hensem sgt..Saya sayang awak taw..ngeee..
 
T awak keje bg nafkah kt sy k..muah..muahhaaahaa

:: Esok exam, dh2 jgn nk jiwang2 ::


May 21, 2012

BULAN REJAB

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

Peringatan dari seorang sahabat:

"Esok 1 Rejab, Disunatkan berpuasa"..

: SELAMAT BERAMAL ::





Prepare untuk nikah!

Assalamualaikum..

Aku prepare untuk nikah..Eh, bukan aku..*aku terexcited,maap*

Ku menyiapkan sesuatu untuk akakku sebelum 2 june ni..

Padahal esok exam, kemain ku rajin taip2 blog bagai..

Ku dh siapkan hadiah untuk mak ayah sebelum balik..

Ku akan makin maju pasni *tlg doakan*..

Bahagia dengan diriku yang dah bersemangat, kental dan berpandangan jauh ..yeah!..


:: Dh malam kot, cukup la takat ni ::

May 20, 2012

UJIAN ALLAH-hampir diragut!

Assalamualaikum..

Aku redha walaupun sgt2 sakit hati dengan manusia syaitan itu..Dah malas kerja, motor tu ade g la kejer sendiri carik duit untuk anak bini mak ayah ke...grrr..

:: Begini ceritanya ::

Pagi yang sunyi itu, aku dan ego berjalan2 sekitar Permaisuri dengan 40km/j..Slow tu tok sah cakap la, sebab keayuanku pasti terserlah(naik skuter memang kene duk sopan2 dik)..

Tiba2 datang seorang manusia bermotorsikal berbaju biru x perasan plak ko umur berapa> cuba meragut purse dlm raga depan motor..Aku dah pandang kt belakang, tp x sangka lak mamat ni ada niat busuk lagi keji plus gila...

aku cuba tolak dia, namun aku lak terjatuh..Brguling2 ala filem hindustan..Alhamdulillah...hanya luka kecil..Terima kasih kt pak cik yang tolong angkat motor aku..(x de hero yang tolong time ni)..

Aku?? aku bangun sendiri la..dengan semangat kekentalan dan keperwiraan yang tinggi..Terketar-ketar macam kene karen pun ada*part ni aku tipu*

Alhamdulillah, x da apa2..

Allah menguji aku, Allah sygkn Huda(pesan sahabat)..


Motor aku-calar seperti calarnya di hatiku..(mana nk cekau duit nk baiki walaupun sikit jer)

"Syg, awak sakit ke?"boleh lak aku tanya motor aku dlu..hihi

Selepas ini, beringat2, berhati2, berjaga2 dan baca doa panjang2 plus ayat kursi..

"Allah hantar manusia yang baik2, mengambil berat dan menyayangiku tatkala aku susah dan senang">terima kasih kepada semua yang sangat PRIHATIN dan AMBIL BERAT..
 

:: esok badan pasti sakit penangan jatuh tadi, dh malam kot selamat malam oke ::
 

May 19, 2012

:: PHOTOGRAPHY ::

Sebelum 


Selepas
:: insyallah::

 Bermulalah sebuah hobi dengan berbekalkan minat dan keazaman yang kuat..dan kamera yang dipegang oleh photographer amatur..Sangat2 addicted dgn photographer hebat spt Saiful Nang dan Annaseskey..

:: First job untuk Wedding Reception 2 June 2012..nantikan  ::

May 18, 2012

CALON SUAMI

21 Ciri Lelaki Layak Dijadikan Suami

Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-


1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)

17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.

19. 
Jenis pembersih gak. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”

21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.





:: Semua masih boleh diperbaiki ::

:: Moga menjadi suami yang soleh kepada isteri, ayah yang soleh kepada anak-anak::

MASA

Usahlah menoleh
Cari masa depan yang cerah itu
Yang lebih bahagia dan bermakna
Tinggallah masa lepas yang menakutkan
Menyakitkan, merosakkan jiwa.

Kejarlah
Yang nyata bukan buta
Redha Allah 
Redha Rasulullah
Redha ibubapa
yang didamba hingga akhirnya


:: Ambillah waktu untuk berfikir, itulah sumber kekuatan ::

:: Nyata hidup ini lebih indah ::

:: Doa itu bukanlah untuk memberitahu apa yang kita mahu kerana Allah memberi lebih dari apa yang kita minta ::



May 17, 2012

BAHAGIA

Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.. Puas kita menangis, mencari di mana matahari..Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..” 

 

:: manis :: 

:: Sweetkan Allah SWT ::

setiap ujian yang singgah di pelabuhan hati, pasti ada hikmahnya..

Allah hilangkan matahari--> bagi kita guruh kejap dan kilat sambung menyambung..

 Kita kurang sabar, kita sedikit mengeluh

"kenapa jadik macam ini dan ini?"
.
.
.
.
.
.
.
 

............................Astagfirullahalazim.............................

Kita lupa dan kita gagal mentafsir..



Rupanya... jeng jeng jeng











Ada pelangi di selepas guruh dan petir kilat sambung menyambung tu la awak ..

"Allah merancang yang  lebih baik dari apa yang kita sangkakan"bisik sang hati.

"ALLAH MAHA HEBAT" 


"Ya Allah, ampunkan diriku yang kurang sabar dengan dugaanMu".



:: Cuci hati dari dosa dan noda, kita pasti BAHAGIA ::


:: Terima kasih ALLAH ::


JODOH SAYA TAHUN INI

Assalamualaikum..


:: malu nak cakap ::

:: jodoh saya ::

:: insyallah ::

:: akan menemani saya selepas ini ::

:: ke mana saya pergi ::

:: memberi saya nafkah untuk terus belajar ::

:: saya bahagia sangat <muka seronok> ::

:: semoga kita sentiasa bersama ::

:: walau di mana saya berada ::

:: saat ini saya tunggu ::

:: direstui semua ::

:: love this moment ::




bersambung...

 

 


May 12, 2012

AMPUNKAN AKU YA ALLAH


 Ampunkan aku ya Allah..

Jika hari ini hambaMu melakukan  kesalahan, ampunkan aku ya Allah...
Manusia itu penuh bergelumang dengan dosa.

Jika hari ini hambaMu berbuat dosa sepenuh langit dan bumi, ampunkan aku ya Allah..
Manusia itu tidak lari dari melakukan dosa.

Jika hari ini hambaMu mengeluh dengan kehidupan, ampunkan aku ya Allah.
Fitrah manusia yang tidak bersyukur dengan nikmatMu.

Jika hari ini hambaMu bertaubat kerana dosanya yang lalu, ampunkan aku ya Allah.
Kami sentiasa melakukan kesilapan bukan sahaja kepada manusia, bahkan kami juga kufur dengan nikmatMU.

Ampunkan kami ya Allah atas kebodohan dan kejahilan kami.. Keterlanjuran kata-kata kami, dosa kami sesama manusia dan perbuatan kami yang melampaui batas..


:: Aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah ::
::Kami adalah hambaMu  yang tidak berdaya ::

:: Jadikan aku insan yang sentiasa bersangka baik kepadaMu dan seluruh manusia ::

:: Jadikan aku insan yang mencintaiMu melebihi cintaku pada manusia ::

:: Jadikan aku manusia yang dekat denganMU ::

~Innallah hamaana~

May 7, 2012

LOLONGAN PARASIT


Hari ini dan semalam
Lolongan parasit itu membingitkan
ibarat merobek kehormatan diri
Maruah dan harga diri

Hari ini dan semalam
Parasit itu melolong lagi
Meyiat-yiat kulit wajahnya
Sakit lagaknya
Meratah juga daging sendiri

:: Nauzubillah ::


P/s:

Tiada ertinya hidup bagi orang yg buruk kelakuannya. Tiada ketenangan bagi orang yang merampas hak. Tidak rasa aman bagi orang berbuat dosa. tiada yang memuji pendusta. tiada yang mempercayai pengkhianat.

:: Renung-renungkan::

May 6, 2012

HIKMAH SABAR

Assalamualaikum...

:: Ujian dan sabar ::
 Tidak semua mampu menghadapinya..

Sungguh!!
Kadang-kadang timbul rasa kasihan pd manusia yg bersungguh-sungguh akan sesuatu..Namun, tidak seperti yang difikir baik dan buruknya..berfikirlah sejenak..adakah kita berada di jalan yang betul?

Alhamdulillah, 
Parasit-parasit jahat dalam kehidupan kita pasti bercambah, namun berkubur lantaran pendeknya akal dan dangkalnya iman.

Parasit ini juga seakan syaitan yang bingkas bangun dari kealpaan manusia. Merobek keimanan diri sendiri seterusnya menyental iman yang berputik di hati.

Parasit ini juga ibarat nafsu yang rakus menyiat-yiat hati manusia lain. Tetapi imanlah yang menjadi ukuran dan penanda arasnya..

Alhamdulillah..Aku bahagia dengan segala ujian..membuatkan aku lebih kuat..walaupun parasit jahat menyerang pelbagai arah, hatiku semakin kuat!!

:: Harap anda juga begitu ::

May 4, 2012

ORANG PUANG

ooo orang puang ...


mung bangung pagi , mung gerok suami ,

mung ajok suami berjemooh , mung jd makmung ,

mung masok , mung gosok baju suami ,

mung sedie kasut stokeng untuk suami ,

mung kuca tea , mung ato suami ke pitu pago , mung cium tangang ye ...


mung mitok maah ...

mung dok rehak ...


mung basoh baju pulok , mung pon lipak baju ,

mung kene tunggu van ikang pulok , mung beli laok maok ,

mung masok pulok , mung siang ikang ,

mung potong sayor , mung ggoreng ...


mung letih ...

mung dok rehak ...


tengohari , anok anok balik ,

anok tu lepo beg ngate , mung sabo ,

anok tu wak bising , mung redho ,

anok tu wak hhanya , mung senyum ,

anok tu nangih , mung tetak manih ...


mung taboh ...

mung dok rehak g ...


mung hidang makang tengohari ke anok ,

mung tukang suap , mung tukang basuh ,

mung tukang lap , mung tukang kkemah ...


sapa petang ...

mung dok rehak ...


suami pulok balek , mg belari cium tangang ye ,

mg mitok maah , mg hidang ke dye minung petang ,

mung bagi senyumang ke ye , mung hiborkang ati ye ...


mung letih ...

mung nyando tepi meseng nyo ...


garib tibe , mung ajok suami g ddengo kuliah ,

mung sedie juboh suami , mung sarong ppioh suami ,

mung hiborkang lagi , lagi dan lagi ...


mlm tibe , mung jd permaysuri ,

mung bahagiakan suami , mung jd bidadari ...


dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge ...






*hebak mung orang ppuang ... :)

SABAR ITU IMAN (part 10)

Reza menghantui dirinya lagi. Beberapa kali deringan telefon bimbitnya mengejutkan lamunannya. Kali terakhir lelaki "serigala" itu menyergah kehidupannya 3 bulan yang lalu. Itupun untuk memujuk desa hatinya yang dilanda tsunami. 

"Saya tiada hubungan dengan perempuan itu. Hanya kawan" tutur kata lelaki itu ibarat menghempap batu k edahinya tika itu. Mata ini menipu atau dia cuba ditipu?

 Zahra sakit hati melihat  kemesraan pasangan romantis itu di sebuah kedai berhampiran kampusnya. Gugur segala kasih dan sayang yang pernah dicurahkan kepada lelaki itu. Cukuplah menipu wahai lelaki, bentak hatinya.

Pelbagai alasan diberi. Alhamdulillah. Ujian ini membentuk dirinya. 

Kring..kring..deringan itu hampir sahaja memusnahkan ketenangannya petang itu. Sedang dia leka mengulangkaji pelajaran. Dia membiarkan sahaja kelantangan suara telefon itu membingitkan cuping telingannya. Malas. Geram. Semuanya bersatu. Jika imannya tidak kuat, mahu sahaja dia memarahi lelaki itu.

Sabar itu separuh daripada iman. Zahra cuba berfikir sejenak.

Berdesup sekeping mesej muncul pada skrin telefon Nokia pemberian ayahnya.

"Salam. Saya rindukan Zahra. Bolehkah kita jumpa?". 

Ewah.ewah. Siapa kau. Apa ikatan kita.  Sungutnya di dalam hati. Beberapa mesej lain muncul berselang seli. Memujuk. Hatinya geram, mula bernafas panjang. Fikir lagi dan lagi.

"Assalamualaikum. Saudara, terimalah segala yang berlaku sebagai ketentuan takdir. Mohonlah kepada Allah yang apa saudara inginkan, bukan saya tempatnya. Layakkah saya menjadi lebih arif daripada Allah yang mengatur langit dan bumi? Saya redha dengan segala ketentuan Allah. Allah menguji saya membuatkan saya semakin kuat. Berbahagialah saudara dengan pilihan Allah". Mesej panjang lebar itu dibaca berkali-kali sebelum dihantar kepada penerima.

SEND.



May 3, 2012

BINGKISAN HATI(part 9)

Jari jemarinya laju mengikut tari bait-bait sajak yang sedang ditulis. Otaknya bertugas dengan baik. Kurniaan Allah. Sebuah sajak terdendang tanpa alunan muzik.

ku titipkan kasih dan sayang
andainya kau jadi milikku
ku titipkan rindu dan sendu
andainya kau berjauhan
hanya untukmu

Namun cintaku pasti tidak melebih
kerana cinta agungku kepadaNya
namun belum ku ketemu siapa
ku menanti
hingga ku ketemu akhirnya.

Alisya Zahra
12 April 2012. 10 pagi.

Itulah hobinya sambil dia giat memuat naik gambar dari DSLR ke komputer riba. Dia ligat berfikir. Dia bersyukur kerana dikurniakan akal yang sihat. Bermula dari hati yang sakit seterusnya dipulihkan hari demi hari. Karyanya disusun kemas dalam diari hidupnya. BINGKISAN HATI.

Saban hari dia menemani diari itu. Menulis dengan tertib apa yang terbit dan muncul dari kotak ingatannya. Dia lebih senang bersendirian membaca novel-novel Islamik dan buku agama yang dibelinya. Kadang-kala dia keluar mengisi ruang masa bersama DSLR seperti semalam.


Semalam..


Sungguh dia sangat mengagumi akhlak Azhar dari dulu lagi.. Azhar pernah bertamu di hatinya. Namun akhirnya berlalu pergi bersama kelibat keluarga Azhar. Mungkin jodohnya bukan bersama lelaki itu. "Aku hanya cintakan Allah. Kuatkan hatiku. Jauhkan aku jatuh hati lagi buat masa ini" detik hatinya pasrah.

Pasrah.


JAWAPAN DARI PENA

Assalamualaikum..

Mungkin ada pembaca yang membaca karya pertama saya di bawah label BENIH TAQWA tertanya-tanya.. Terfikir adakah kisah itu begitu dekat saya? Maaf. Sy cuma ada beberapa penjelasan ikhlas. Sungguh.

Pertama: Karya tersebut hanyalah sebuah kisah yang terbit dari penghayatan saya tentang "perhubungan dengan ALLAH".

Perhubungan dengan Allah tatkala kita senang dan susah adalah jauh berbeza. Pernah anda rasa susah hati? menderita? selepas beberapa lama dikurniakan bahagia.  Jawapannya sesiapa sahaja PASTI PERNAH. Itulah lumrah manusia. Namun, hanya iman manusia yang berjaya menghayunkan langkah taqwa ke arah pencarian dan cinta yang HAQIQI. Saya bahagia dengan CINTA ini. Sungguh!


Kedua: Saya berniat untuk berkongsi sedikit pengajaran tentang kehidupan ini. Tentu faham maksud kekasih Allah yang berbunyi:

"Sampaikan dariku walaupun satu ayat" .


 Coretan ikhlas tersebut membuat saya semakin dekat dengan ALLAH.Alhamdulillah. Saya percaya, Allah sengaja memberikan kita ujian kerana Dia memilih kita. Untuk diuji. Untuk menguji cinta kita kepadaNya. Sweetkan Allah. Sangat sweet. Aku jatuh cinta !!!


Ketiga: Saya kagum dengan penulisan novel islamik sejak akhir-akhir ini. Memberi sedikit motivasi berguna kepada sesiapa sahaja yang masih tercari-cari erti hidup ini. Maksud saya, apalah erti cinta manusia  yang meyusahkan jiwa berbanding cinta Allah yang kekal selamanya. Faham setakat ini?


Bicara romantis Rasulullah juga menyebut :

"Tidak sempurna iman seseorang sebelum aku lebih dicintai".

Selamat membaca  BENIH TAQWA..pena masih galak menari..tunggu..


sekian.


May 2, 2012

CUKUPLAH BERBOHONG..

Barangsiapa yang katanya bercinta,
tetapi dia tidak menjaga pasangannya dari neraka Allah SWT,
maka dia telah berbohong dengan cintanya.

Via Hilal Asyraf..

RONA HATI(part 8)

Matanya terkebil-kebil lagi. Menunggu dipejam erat hingga membawa dirinya ke alam mimpi. Belum bersedia lagaknya.

"Kenapa hari ini?" pertanyaan yang tiada jawapannya keluar dari hatinya. Lelaki yang menyebabkan jiwanya yang walang merona gembira sepanjang hari. 

"Assalamualaikum" ucapan mulia diujarkan oleh pemuda yang lengkap berpakaian sukan itu. Pemuda itu masih dikenali walaupun sudah hampir 8 tahun tidak bersua. Tampan dan tegap. Mengembalikan nostalgia seawal sekolah menengahnya.

"Waalaikumussalam" jawab Zahra dan Rini penuh sopan dan agak terkejut. Sahabat lama yang sudah lama tidak berjumpa selepas Azhar berpindah sekolah. Sebagai anak guru besar, Azhar sememangnya kerap bertukar sekolah. Namun ada sesuatu yang aneh. Cinta dalam diam. Zahra mulakan dan hanya dia serta Allah SWT yang tahu. Azhar tidak pernah tahu.

"Arghh, itu cerita dahulu" getus hatinya. Wajah Azhar tidak banyak berubah. Sejuk mata hati. Pemuda itu dikenali sebagai Ustaz muda di sekolahnya dahulu. Kerap menjadi imam di surau sekolah malah di kampung mereka. Sebab itulah Zahra suka. Lelaki yang sesuai menjadi imam dan didamba oleh perempuan solehah.

Mereka berbual agak lama di sebuah pondok sambil memerhatikan keindahan Tasik Perdana. Pelbagai cerita dan kenangan muncul satu persatu. Zahra lebih banyak mendiamkan diri. Malu. Farah pula seperti biasa sangat ramah dengan sesiapa sahaja.

"Zahra dah kahwin ke" sapaan lembut meniti cuping telinga dan bersedia untuk diterjemahkan oleh otak. Semacam ada batu menghimpit diri tanpa ada ruang untuk meloloskan diri. Aku belum kahwin la. Menunggu kau Azhar yang masih dapat ku lupakan walaupun beberapa lelaki ligat mahu bertamu dihati. jawabnya di dalam hati.

Rezza. Marahnya masih seperti menghunus pedang di dagu lelaki itu. Mujurlah iman yang menguasai hatinya kini. Cukuplah lelaki seperti itu. Tidak perlu.

"Belum la saudara Azhar. Belajar lagi di Maktab Perguruan. Insyallah, tinggal lagi 2 tahun nak habis." jawabnya penuh susila.

Senyum Azhar berkuntum buat kedua sahabatnya.. Akhirnya mereka bersepakat mahu pulang ke kampus masing-masing. Azhar pula pulang ke rumahnya di Bukit Jalil. Sebelum berpisah, Azhar meminta nombor telefon salah seorang antara mereka. Takut-takut ada kesusahan bakal menimpa di hari esok. Begitulah bagusnya akhlaknya. Mata pun tidak beradu apabila berbual seketika tadi.

Zahra kagum!



May 1, 2012

LANGKAH TERHENTI(Part 7)

Sekian lama tidak bersua, Zahra begitu merindui sahabatnya, Rini. Sejak menghabiskan cuti semesternya 3 bulan lalu, mereka jarang berhubung. Rini belajar di Universiti Malaya dalam jurusan Bahasa.  Dia menekan butang telefon dan mencari-cari nombor sahabatnya itu. Butang hijau menanti untuk bertugas. Tugas dilaksana.

"Assalamualaikum. Rini, lama tidak mendengar khabar. Sibukkah?" gemersik suaranya lembut.

" Aku tengah chatting di facebook dengan teman sekelas. Berbincang tentang assignment. Kenapa sayang" gurau sahabat baiknya itu. 

"Aku mahu jumpa kau hujung minggu ini. Aku nak cerita sedikit. Bolehkah?" rayu Zahra. Rini bersetuju dengan ajakan tersebut dan pertemuan rindu itu pada pagi Sabtu. Tasik Perdana yang menjadi medan pertemuan lantas membibitkan rindu antara dua sahabat. Masing-masing sememangnya amat gemar bersandiwara mesra dengan unggas yang bersahutan. Tanda kedamaian.

Begitulah Rini, sahabat karibnya dari zaman sekolahnya. Sekampung tapi bukan sekampus. Jiwa mereka sama. Sekepala lebih tepat lagi.


Pagi sabtu di Tasik Perdana, Kuala Lumpur.


Zahra mengagumi keindahan Tasik Perdana yang agak sepi dari lolongan kenderaan bertali arus walaupun lokasinya hampir dengan jalan raya kota yang sibuk. Kereta pemberian ibubapanya dan kamera DSLR turut menemaninya. Hampir 15 minit dia menunggu Rini, namun dia tidak kisah kerana hobinya muncul tatkala kelewatan itu.  Jari jemarinya kemas memeluk DSLR itu. Gelagat tukang kebun dan manusiawi yang menjadi tetamu pada pagi ini menjadi mangsa DSLR itu. Kemas.

Rini tergopoh datang bersama skuter baru dibelinya. Kelihatan comel dan sebaris gigi arnab menghadiahkan senyuman pengubatkan kelewatannya. Zahra berlari anak ke arah Rini.

"Sorry, lambat sedikit. Maklumlah aku tiada bumbung" gurau Rini. Dia memahami maksud itu. Zahra dan Rini ketawa bersama.

"Jom, kita jalan-jalan dulu. Kau bolehlah bercerita tentang masalah kau pada aku" jelas Rini sambil melirik matanya yang agak sepet. Persis Cina kerana susur galurnya juga begitu. Mereka beriringan.

" Aku rasa macam lain la sekarang. Rambut aku gugur, sakit-sakit dan tiba-tiba meremang sejuk. Aku tidak mahu bercerita pada orang lain kerana  mahu kau sahaja yang tahu terlebih dahulu. Lagipun kau je yang faham" jelas Zahra panjang lebar. Mengharap Rini membantu memahaminya.

" Mungkin terkena buatan orang? Eh, seram pulak aku. Dah la sunyi kat sini. Hehe" Rini bergurau lagi. Begitulah Rini, suka bergurau hingga ditegur barulah serius.

"Kau ni. Jangan nak takutkan aku boleh. Tak pasal-pasal aku cubit mulut kau nanti. Aku cuma rasa masalah aku ini bukanlah perlu pergi klinik. Tanya doktor itu dan ini. Doktor pun tidak ada penyelesaian. Kan dikata pula aku sakit teruk, masuk wad. Hurm." Zahra mendengus perlahan. Sememangnya dia takut ke klinik sejak kecil.

Mereka berbual-bual hingga satu pusingan Tasik Perdana yang indah itu. Zahra mengeluarkan DSLR dari begnya. Ingin merakam memori bersama sahabatnya. Tiba-tiba, langkahnya terhenti.

Lelaki itu seperti dikenali. Jantungnya kencang dan pantas darahnya menjalar hingga ke hujung ibu kakinya. Longlai.





TAHAJUD TERAKHIR(part 6)

Zahra masih lagi sukar untuk melelapkan mata walaupun jam dindingnya berpaksikan 12.00 malam. Cuti minggu yang berakhir menyesakkan nafasnya. Tapi digagahi dengan air motivasi dan baja pujukan. Melihat teman sebiliknya tidur nyenyak, dia menggapai senaskhah Al-Quran yang menjadi teman setianya.

"Mungkin aku lupa membacanya" bisik nuraninya. Selepas menghabiskan bingkisan rindu dari Rasullullah itu, dia menyimpannya tertib di atas rak.

Otaknya pantas berfikir itu dan ini. Tentang jodohnya. Tentang keanehan yang berlaku pada dirinya. Tentang dosa-dosa silamnya. Semuanya menjadi satu.Kemudian menerobos ke alam yang satu lagi. Gelap.

Seorang lelaki memegang lembut wajahnya. Mengusap jemarinya yang runcing dan halus. Bahagia yang didambanya semakin meresapi ruang hati. Lelaki itu cukup tampan dimatanya. Bisa meruntuhkan istana jiwa yang selama dipelihara.

Semakin lama semakin rapat lelaki itu merangkul pinggangnya. Bahagia itu kekuatannya tatkala ini. Cukup bahagia. Kemudian bersaksikan bulan purnama di tepi desiran pantai yang menguis gelojak jiwa.
Tiba-tiba...

Kringgg...

Bunyi loceng telefon bimbitnya. Berbunyi tepat pada masanya. Jam 4.00 pagi.

"Ahh, aku bermimpi rupanya! " desis hatinya. Kala enak dibuai mimpi indah, dia gagahkan diri melangkah keluar dari tilam empuknya. Menghala kaki ke arah tandas dan berwuduk dengan tenang.

Telekung berwarna hijau pemberian ibunya disarung, sejadah dibentang. Mengadap dengan penuh rasa takjub dan merendah diri.

Tahajud ini mengkin yang terakhir. Saranan agama yang berbuahkan motivasi supaya amal yang dilakukan tatkala ini dianggap yang terakhir. Amalan yang terhebat pernah dilakukan. Agar menjadi bekalan emas yang dibawa bersama.

Aku berserah ya Allah.