DOA SENJATA MUKMIN

Firman Allah maksudnya:

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(al-Baqarah:186)

May 1, 2012

LANGKAH TERHENTI(Part 7)

Sekian lama tidak bersua, Zahra begitu merindui sahabatnya, Rini. Sejak menghabiskan cuti semesternya 3 bulan lalu, mereka jarang berhubung. Rini belajar di Universiti Malaya dalam jurusan Bahasa.  Dia menekan butang telefon dan mencari-cari nombor sahabatnya itu. Butang hijau menanti untuk bertugas. Tugas dilaksana.

"Assalamualaikum. Rini, lama tidak mendengar khabar. Sibukkah?" gemersik suaranya lembut.

" Aku tengah chatting di facebook dengan teman sekelas. Berbincang tentang assignment. Kenapa sayang" gurau sahabat baiknya itu. 

"Aku mahu jumpa kau hujung minggu ini. Aku nak cerita sedikit. Bolehkah?" rayu Zahra. Rini bersetuju dengan ajakan tersebut dan pertemuan rindu itu pada pagi Sabtu. Tasik Perdana yang menjadi medan pertemuan lantas membibitkan rindu antara dua sahabat. Masing-masing sememangnya amat gemar bersandiwara mesra dengan unggas yang bersahutan. Tanda kedamaian.

Begitulah Rini, sahabat karibnya dari zaman sekolahnya. Sekampung tapi bukan sekampus. Jiwa mereka sama. Sekepala lebih tepat lagi.


Pagi sabtu di Tasik Perdana, Kuala Lumpur.


Zahra mengagumi keindahan Tasik Perdana yang agak sepi dari lolongan kenderaan bertali arus walaupun lokasinya hampir dengan jalan raya kota yang sibuk. Kereta pemberian ibubapanya dan kamera DSLR turut menemaninya. Hampir 15 minit dia menunggu Rini, namun dia tidak kisah kerana hobinya muncul tatkala kelewatan itu.  Jari jemarinya kemas memeluk DSLR itu. Gelagat tukang kebun dan manusiawi yang menjadi tetamu pada pagi ini menjadi mangsa DSLR itu. Kemas.

Rini tergopoh datang bersama skuter baru dibelinya. Kelihatan comel dan sebaris gigi arnab menghadiahkan senyuman pengubatkan kelewatannya. Zahra berlari anak ke arah Rini.

"Sorry, lambat sedikit. Maklumlah aku tiada bumbung" gurau Rini. Dia memahami maksud itu. Zahra dan Rini ketawa bersama.

"Jom, kita jalan-jalan dulu. Kau bolehlah bercerita tentang masalah kau pada aku" jelas Rini sambil melirik matanya yang agak sepet. Persis Cina kerana susur galurnya juga begitu. Mereka beriringan.

" Aku rasa macam lain la sekarang. Rambut aku gugur, sakit-sakit dan tiba-tiba meremang sejuk. Aku tidak mahu bercerita pada orang lain kerana  mahu kau sahaja yang tahu terlebih dahulu. Lagipun kau je yang faham" jelas Zahra panjang lebar. Mengharap Rini membantu memahaminya.

" Mungkin terkena buatan orang? Eh, seram pulak aku. Dah la sunyi kat sini. Hehe" Rini bergurau lagi. Begitulah Rini, suka bergurau hingga ditegur barulah serius.

"Kau ni. Jangan nak takutkan aku boleh. Tak pasal-pasal aku cubit mulut kau nanti. Aku cuma rasa masalah aku ini bukanlah perlu pergi klinik. Tanya doktor itu dan ini. Doktor pun tidak ada penyelesaian. Kan dikata pula aku sakit teruk, masuk wad. Hurm." Zahra mendengus perlahan. Sememangnya dia takut ke klinik sejak kecil.

Mereka berbual-bual hingga satu pusingan Tasik Perdana yang indah itu. Zahra mengeluarkan DSLR dari begnya. Ingin merakam memori bersama sahabatnya. Tiba-tiba, langkahnya terhenti.

Lelaki itu seperti dikenali. Jantungnya kencang dan pantas darahnya menjalar hingga ke hujung ibu kakinya. Longlai.





No comments: