DOA SENJATA MUKMIN

Firman Allah maksudnya:

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(al-Baqarah:186)

October 31, 2011

Durjana

komplot durjana
rakus...
kau pasti jua ditelan bumi
azab kubur kau nantikan
nantikan...
 
moga Allah SWT membalas segalanya...mungkin tidak disini, tapi disana PASTI!!

Menulis dengan pelangi

ku pinjam warna pelangi
sebelum dakwatnya kering kontang
pabila fajar menyingsing


sumpah..ku keruan
dakwatnya kian hilang
ku kejar..kabur..arghhh..


sang hati menunggu
ku ingin pinjam lagi
apa erti jika hujan masih belum berhenti


bermimpi enak di siang hari
mustahil... ku menulis dengan pelangi
kerana itu bukan milikku.



Hak Cipta Terpelihara :cetusannurani.blogspot..

Duhai hati- Part 3



Duhai hati
Tertimbus dalam
Lemas...gelap..
Jeritan tanpa suara


arghhhhhh......bersambung...

Duhai hati-part 2



Duhai hati
Ombak berlalu membelai pantai
Angin serakah menggoncang jiwa
Mencari damainya di kuala cinta



Duhai hati
Akhlak dunia menyelaputi rasa
Hati pula lara dan sengsara
Hakikat cinta hilang noktahnya



Duhai hati
Ribut dihati nan menggila
Hujan nafsu tiada hentinya
Kasih durjana kian tercipta



Duhai hati
Gelora jiwa merobek pulau
Punah...
Pulau pasti dilambung malapetaka..



27 Oktober 2011
 hujan masih renyai-renyai...

Duhai Hati-Part 1


Duhai hati,
Seringkali ianya terumbang ambing dipukul ombak dunia
Terapung tanpa arus yang nyata
Akhirnya tenggelam di dasarnya


Duhai hati
Kadangkala menangis tak  berair mata
Menghumbankan kepedihan di tasik jiwa
Terlupa dan alpa


Duhai hati
Dimana hati ingin dibawa
Dua haluan entah tujunya
Akhirnya longlai dibawa sengsara.


Andai hati songsang dan gersang
Pulanglah pada Pemilik jiwa
Hanya itu hakikat cinta.