DOA SENJATA MUKMIN

Firman Allah maksudnya:

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(al-Baqarah:186)

May 2, 2012

RONA HATI(part 8)

Matanya terkebil-kebil lagi. Menunggu dipejam erat hingga membawa dirinya ke alam mimpi. Belum bersedia lagaknya.

"Kenapa hari ini?" pertanyaan yang tiada jawapannya keluar dari hatinya. Lelaki yang menyebabkan jiwanya yang walang merona gembira sepanjang hari. 

"Assalamualaikum" ucapan mulia diujarkan oleh pemuda yang lengkap berpakaian sukan itu. Pemuda itu masih dikenali walaupun sudah hampir 8 tahun tidak bersua. Tampan dan tegap. Mengembalikan nostalgia seawal sekolah menengahnya.

"Waalaikumussalam" jawab Zahra dan Rini penuh sopan dan agak terkejut. Sahabat lama yang sudah lama tidak berjumpa selepas Azhar berpindah sekolah. Sebagai anak guru besar, Azhar sememangnya kerap bertukar sekolah. Namun ada sesuatu yang aneh. Cinta dalam diam. Zahra mulakan dan hanya dia serta Allah SWT yang tahu. Azhar tidak pernah tahu.

"Arghh, itu cerita dahulu" getus hatinya. Wajah Azhar tidak banyak berubah. Sejuk mata hati. Pemuda itu dikenali sebagai Ustaz muda di sekolahnya dahulu. Kerap menjadi imam di surau sekolah malah di kampung mereka. Sebab itulah Zahra suka. Lelaki yang sesuai menjadi imam dan didamba oleh perempuan solehah.

Mereka berbual agak lama di sebuah pondok sambil memerhatikan keindahan Tasik Perdana. Pelbagai cerita dan kenangan muncul satu persatu. Zahra lebih banyak mendiamkan diri. Malu. Farah pula seperti biasa sangat ramah dengan sesiapa sahaja.

"Zahra dah kahwin ke" sapaan lembut meniti cuping telinga dan bersedia untuk diterjemahkan oleh otak. Semacam ada batu menghimpit diri tanpa ada ruang untuk meloloskan diri. Aku belum kahwin la. Menunggu kau Azhar yang masih dapat ku lupakan walaupun beberapa lelaki ligat mahu bertamu dihati. jawabnya di dalam hati.

Rezza. Marahnya masih seperti menghunus pedang di dagu lelaki itu. Mujurlah iman yang menguasai hatinya kini. Cukuplah lelaki seperti itu. Tidak perlu.

"Belum la saudara Azhar. Belajar lagi di Maktab Perguruan. Insyallah, tinggal lagi 2 tahun nak habis." jawabnya penuh susila.

Senyum Azhar berkuntum buat kedua sahabatnya.. Akhirnya mereka bersepakat mahu pulang ke kampus masing-masing. Azhar pula pulang ke rumahnya di Bukit Jalil. Sebelum berpisah, Azhar meminta nombor telefon salah seorang antara mereka. Takut-takut ada kesusahan bakal menimpa di hari esok. Begitulah bagusnya akhlaknya. Mata pun tidak beradu apabila berbual seketika tadi.

Zahra kagum!



No comments: