DOA SENJATA MUKMIN

Firman Allah maksudnya:

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(al-Baqarah:186)

May 3, 2012

BINGKISAN HATI(part 9)

Jari jemarinya laju mengikut tari bait-bait sajak yang sedang ditulis. Otaknya bertugas dengan baik. Kurniaan Allah. Sebuah sajak terdendang tanpa alunan muzik.

ku titipkan kasih dan sayang
andainya kau jadi milikku
ku titipkan rindu dan sendu
andainya kau berjauhan
hanya untukmu

Namun cintaku pasti tidak melebih
kerana cinta agungku kepadaNya
namun belum ku ketemu siapa
ku menanti
hingga ku ketemu akhirnya.

Alisya Zahra
12 April 2012. 10 pagi.

Itulah hobinya sambil dia giat memuat naik gambar dari DSLR ke komputer riba. Dia ligat berfikir. Dia bersyukur kerana dikurniakan akal yang sihat. Bermula dari hati yang sakit seterusnya dipulihkan hari demi hari. Karyanya disusun kemas dalam diari hidupnya. BINGKISAN HATI.

Saban hari dia menemani diari itu. Menulis dengan tertib apa yang terbit dan muncul dari kotak ingatannya. Dia lebih senang bersendirian membaca novel-novel Islamik dan buku agama yang dibelinya. Kadang-kala dia keluar mengisi ruang masa bersama DSLR seperti semalam.


Semalam..


Sungguh dia sangat mengagumi akhlak Azhar dari dulu lagi.. Azhar pernah bertamu di hatinya. Namun akhirnya berlalu pergi bersama kelibat keluarga Azhar. Mungkin jodohnya bukan bersama lelaki itu. "Aku hanya cintakan Allah. Kuatkan hatiku. Jauhkan aku jatuh hati lagi buat masa ini" detik hatinya pasrah.

Pasrah.


No comments: