DOA SENJATA MUKMIN

Firman Allah maksudnya:

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(al-Baqarah:186)

May 12, 2012

AMPUNKAN AKU YA ALLAH


 Ampunkan aku ya Allah..

Jika hari ini hambaMu melakukan  kesalahan, ampunkan aku ya Allah...
Manusia itu penuh bergelumang dengan dosa.

Jika hari ini hambaMu berbuat dosa sepenuh langit dan bumi, ampunkan aku ya Allah..
Manusia itu tidak lari dari melakukan dosa.

Jika hari ini hambaMu mengeluh dengan kehidupan, ampunkan aku ya Allah.
Fitrah manusia yang tidak bersyukur dengan nikmatMu.

Jika hari ini hambaMu bertaubat kerana dosanya yang lalu, ampunkan aku ya Allah.
Kami sentiasa melakukan kesilapan bukan sahaja kepada manusia, bahkan kami juga kufur dengan nikmatMU.

Ampunkan kami ya Allah atas kebodohan dan kejahilan kami.. Keterlanjuran kata-kata kami, dosa kami sesama manusia dan perbuatan kami yang melampaui batas..


:: Aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah ::
::Kami adalah hambaMu  yang tidak berdaya ::

:: Jadikan aku insan yang sentiasa bersangka baik kepadaMu dan seluruh manusia ::

:: Jadikan aku insan yang mencintaiMu melebihi cintaku pada manusia ::

:: Jadikan aku manusia yang dekat denganMU ::

~Innallah hamaana~

1 comment:

Anonymous said...

http://13dfgsdfg57.com/