DOA SENJATA MUKMIN

Firman Allah maksudnya:

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(al-Baqarah:186)

May 18, 2011

Alhamdulillah...Ustaz Azhar da Approve !!!!

Assalamualaikum...
 Ustaz Azhar da Approve sy punya facebook...wahhh..alhamdulillah.(* gegembira benau ni *).its better than artis atau pelakon yg approve kite...kan..kan...ada yg seronok beronok-ronok bila blogger atau fb yg glemer2 yg approve..oke..berhenti sekarang*sambil nages dan mengucap*.... lantaran itu sy telah ke website beliau smbil menceduk ilmu ttg bab2 perempuan ni ha...baca kt bawah satgi..Sy cukup terharu selepas da beberapa hari tggu dia approve(betul2 ni tau)..lalala...Sekian bahagian atas...

Credit to Ustaz Azhar Idrus

Diceduk dari: http://ustazazhar.net/v01/

Tajuk: Mengenal Haidh
Haidh dari sudut bahasa ialah mengalir (السَّيْلاَن)

Dari sudut istilah
دَمُ جِبْلَةِ يَخْرُجُ مِنْ أَقْصَى رَحِمِ الْمَرْأَةِ فِي حَالِ الصِّحَّةِ فِي أَوْقَاتِ مَخْصُوصَةِ
Ertinya darah perangai yang keluar dari bahagian atas rahim perempuan pada ketika sihat badan pada waktu-waktu yang tertentu.

Darah yang keluar dari kemaluan kaum wanita terbahagi tiga
1. Darah haidh: Darah yang keluar daripada perempuan pada waktu sihat
2. Darah nifas: Darah yang keluar selepas bersalin
3. Darah istihadhah / penyakit: Darah yang keluar bukan pada masa haidh dan nifas.

Dalil haidh firman الله al-Baqarah ayat 222:

Dalil darah Haidh

Maksudnya: Dan mereka itu bertanya kepada engkau ya Muhammad tentang haidh, katakanlah kepada mereka ia adalah darah yang cemar maka tinggalkanlah bersetubuh dengan segala perempuan yang berhaidh dan jangan kamu hampiri mereka itu dengan setubuh sehinga suci mereka itu daripadanya, setelah suci mereka itu maka datangilah mereka itu kerana jimak pada tempat yang menyuruh اللهsesesunguhnya الله mengasihi orang yang banyak bertauba.


Dan sabda nabi (ألنبي صلى الله عليه وسلم)
هَذَا شَيْءٌ كَتَبَهُ اللهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ
Maksudnya: Ini (haidh) suatu yang telah اللهtetapkan ke atas anak adam yang perempuan

Hukum mempelajari tentang haidh
Menjadi kewajipan ke atas wanita islam mengetahui hukum berkenaan dengan haidh dan mengenal warna darah haidh. Seorang wanita wajib keluar untuk mempelajari hukum-hukum haidh, nifas dan istihadah apabila suaminya tidak mampu menerangkan permasalahannya. Dan haram atas suami menegah isterinya daripada keluar melainkan ia dapat memberi jawapan apabila ditanya. Pada ketika itu si isteri tidak boleh keluar tampa keizinan daripada suaminya.


Warna darah haidh

Mengikut ulama-ulama mazhab Syafie terdapat lima warna darah haidh
1. Hitam
2. Merah
3. Warna antara keemasan dan merah (perang)
4. Kuning
5. Keruh iaitu antara warna kuning dan putih

P/s:

Warna kuning dan keruh
Darah berwarna kuning dan keruh yang keluar bukan pada waktu haidh tidak diangap haidh. Bersalahan jika ia keluar pada waktu haidh maka ia dikira sebagai haidh. Ini merupakan pendapat yang sohih didalam mazhab Syafie.


Sekian....
LOVE ALLAH, LOVE MUHAMMAD, LOVE KNOWLEDGE...

No comments: