Assalamualaikum..
CN tertarik nk share sesuatu yg menarik tentang wanita muslimah... Sebuah karya yang ditranslate menajadi loghat Terengganu..Cik Cn ambik di blog ini..
Tajuk:
"SAPE KABO JADI PUANG SENANG"
Sape kabo jadi perempuan tu senang?
Doh la kene tutup sane, tutup sini.
Tengok sek laki, pakai T-shirt Pagoda pong dok kene beleber.
Sek-sek puang ni, stoking pong kene paka.Ce tera suroh sek laki jadi tine sekali,
Doh la kene tutup sane, tutup sini.
Tengok sek laki, pakai T-shirt Pagoda pong dok kene beleber.
Sek-sek puang ni, stoking pong kene paka.Ce tera suroh sek laki jadi tine sekali,
jeng pale dok tahang kene tutup belake
Tapi, kite orang puang rilek jer.
Dok tengoh panah dering pong ade hok sapa paka juboh. Hebat kang sek puang?
Tapi, kite orang puang rilek jer.
Dok tengoh panah dering pong ade hok sapa paka juboh. Hebat kang sek puang?
Maka, dalam bahasa standardnya bermaksud:
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
perempuan, stoking pon kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
komfem x tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jek
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?
Entry yg ditranslate oleh blogger *spt link diatas* menunjukkan perempuan itu sgtlah byk peranan dan tanggung jawab..Mari kita lihat tanggungjawab seorang wanita:
Kepada Allah SWT
Firman Allah bermaksud:
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembahKu.” (Surah Adz-Dzaariyat, ayat 56).
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa peranan atau tanggungjawab utama wanita adalah sama dengan lelaki iaitu mengabdikan diri kepada Allah. Adalah menjadi kewajipan wanita Muslim untuk berusaha sebaik mungkin agar dapat menjadi seorang insan yang tunduk dan patuh kepada-Nya, semata-mata dengan melaksanakan segala perintah Allah dan rasul-Nya. Mereka juga hendaklah menjauhi segala perkara yang ditegah. Kekuatan iman yang jitu adalah aset terpenting bagi seorang wanita agar menjadi benteng bagi mengharungi sebarang bentuk cabaran.
Kepada suami dan keluarga:
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah an-Nisaa’, ayat 58)
(Surah an-Nisaa’, ayat 58)
Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami.
Kepada masyarakat
Wanita juga berperanan sama dengan lelaki dalam usaha membendung keburukan yang berlaku dalam masyarakat kerana ini adalah tanggungjawab setiap Islam.Firman Allah bermaksud:
“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah.”
(Surah Ali Imran, ayat 110).
Bicara CN:
Sesungguhnya hanya wanita2 solehah akan dapat menyeimbangkan ketiga2 peranan di atas..
Hanya wanita solehah yang akan meletakkan Allah SWT sebagai matlamat hidup dan suami solehnya sebagai objektif kehidupan bersama.. Tidak ramai yang dapat menghiasi diri dengan akhlak mulia tatkala buta dengan cinta, mengejar harta dan kerjaya dan sebagainya...*sambil menasihati diri*..
~ambil waktu untuk merenung diri, itu adalah senjata kekuatan diri~
~Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah~
2 comments:
"wanita yang solat lima waktu,berpuasa di bulan ramadhan,taat kepada suami dan menjaga aurat serta batas-batas semasa keluar rumah sudah memadai melakukan perkara tersebut buntuk mereka masuk syurga.Nabi kata pilihlah diantara mana-mana pintu syurga yang kamu ingin masuk.
Insyallah..berusaha ke arah itu...insyallah..
Post a Comment