Entry kali ni bukan nk bercakap psl ratu cntik ke, ratu Universe, ratu kebaya ke tp ttg Ratu Yang Cantik.. Klu dilihat secara mata kasarnya, wanita yg bak ratu cntik, seksi dan bergaun bagai tu dianggap cantik..Persoalannya dimana yang patut dibanggakan sekiranya seorang wanita itu sudah membuat auratnya, menyolekkn wajahnya bewarna warni dan mempertontonkan wajah serta tubuh gebunya di khalayak ramai...di stesen2 TV...di Facebook..
Inikah definisi Cantik sebenar??????? |
Okeh..kita tinggalkan bab wanita yg x mahu bertudung...kita bincangkan isu bertudung pula..mungkin ini satu jalan membawa wanita2 muslimat keluar dr kepompong serangan yahudi/kafir dlm isu berfesyen dan sbgainya.. Mari kita fikirkan:
Anda fikir ini cara bertudung yg betul?Adakah anda fikir ini cara bertudung yang disyariatkan dalam Islam..???Cuba lihat adakah ia:
a) Menutup rambut keseluruhannya
b)Menutup dada keseluruhannya
c) Tidak mempunyai Bonjolan spt unta yg telah disebut dalam hadis sahih???
anda fikir ini syarat bertudung yang digariskan dalam islam?
Anda fikir ini Cara yang sebaik-baiknya?
Mari kita compare antara cara tudung/fesyen di atas dengan tuntutan "menutup aurat' bg muslimat di bawah ini:
Anda pasti boleh bezakan yang mana baik atau yg mana buruk..Setiap kekhilafan ada hikmahnya di sisi Allah..Setiap dosa ada pengampunannya di Sisi Allah...
Renungi apa yg telah ditinggalkan kepada kita:
Pertama,
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)
Kedua,
Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.
Ketiga,
“Ketika kami bersama ‘Aishah r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aishah menyampuk: “Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw, seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka.”
dan banyak lagi hadis yg mengatakan tentang Aurat...
p/s:
-Hidup ini cuma sementara shja...
-Hiasi akhlak dan pakaianmu dgn pakaian iman
-Kembali;ah pada Allah, sesungguhnya pintu Taubat itu terbuka luas...
"Jadilah Ratu Paling Cantik dan Solehah kerana seindah2 hiasan adalah wanita solehah.."
No comments:
Post a Comment